Ariana duduk di birai katilnya sambil termenung. Fikirannya masih melayang pada kenyataan Hasnita tadi. Hadiah yang diura-urakan temannya itu masih belum dibukanya. Pemberian dari seseorang yang dia tidak kenali. Entah apalah yang tersimpan dalam kotak yang sebegitu kecil? Ariana tertanya-tanya dalam hatinya.
Dia baru sahaja berkira-kira hendak mencapai hadiah di atas meja soleknya itu apabila pintu biliknya diketuk. Dia bingkas bangun. Dalam hatinya mengagak-agak itu pasti mamanya.
Sangkaan Ariana meleset sama sekali. Apabila pintu dibuka, wajah Liyana yang terjongol, bukan mamanya seperti yang disangkanya. Ariana berat hati untuk membenarkan kakanya masuk, binbang ada sahaja yang akan dikecohkan kakaknya yang seorang itu. Lagipun wajah kakaknya nampak keruh.
“Boleh kakak masuk?” tanya Liyana lembut. Ariana yang mendengarkannya seperti tidak percaya. Entah mengapa nada suara kakaknya itu kedengaran lembut dari yang biasa. Namun, Ariana buat tak endah. Dia hanya mengangguk pada permintaan Liyana sambil memberi laluan kakaknya masuk ke dalam.
“Ari, siapa yang bagi ni?” soal Liyana sebaik terpandangkan bungkusan di atas meja solek Ariana. Rasa hairan menerpa benaknya. Nampak gaya, hadiah itu macam dari lelaki. Siapa pulak lelaki yang berminat pada Ariana? Setahunya, Ariana tu pemalu orangnya. Tak pernah berkepit dengan mana-mana lelaki bukan mahram. Rasa cemburu tiba-tiba terbit.
Ariana tak tahu hendak menjawab apa. Dia sendiripun tidak tahu si pengirim hadiah itu.
“Biar kakak bukakan, boleh?” permintaan Liyana seperti menyenakkan dada Ariana. Mahu sahaja dia mengatakan tidak boleh, tetapi apabila mengenangkan kakaknya sudah mula berbaik-baik dengannya, dia mengangguk tanda bersetuju.
“Kak, boleh Ari tanya satu soalan?”
“Tanyalah, sekarang ni pun Ari tengah tanya kakak,” jawab Liyana dengan nada usikan. Ariana tersenyum sedikit. Senang dengan tingkah kakaknya.
“Kenapa sekarang ni kakak dah baik dengan Ari? Dah tak marah-marah Ari macam dulu lagi?” sebaik-baik sahaja Ariana menuturkan soalan itu, dia jadi menyesal sendiri. Baguslah kakaknya mahu berbaik-baik dengannya?
Liyana yang lincah membuka kertas pembalut hadiah tadi terhenti serta-merta.
“Kenapa Ari tanya? Ari tak senang dengan perubahan kakak ni?” soal Liyana. Sebenarnya Liyana takut-takut lakonannya disedari Ariana. Dia berbaik-baik dengan Ariana kerana dia mempunyai agenda tersendiri. Mahu dendam yang bertahun-tahun itu terbalas.
Ariana kelihatan serba-salah. Aduh bodohnya aku ni? Ada ke patut tanya macam tu? Dia mengutuk dirinya sendiri.
“Tapi, Ari rasa perubahan akak macam terlalu drastik. Baru beberapa hari lepas kakak tengking-tengking Ari, hari ni dah baik?” Ariana melontarkan pertanyaan. Sebenarnya, dia masih sangsi dengan kebaikan yang ditunjukkan kakaknya.
“Ari tak percayakan kakak ke?” kerja membuka balutan hadiah tadi ditanguhkan sebentar.
“Atau kakak punya rancangan lain terhadap Ari?” sinis nada Ariana. Dia nampak, sungguhpun tutur Liyana lembut, namun wajahnya tidak mencerminkan perkara yang sama. Senyuman di wajah Liyana seperti plastk yang ditempel ke kulit mukanya.
“Ari!” kali ini Liyana menjerit. Benar-benar tidak menyangka Ariana boleh berfikir sejauh begitu. Dia mulai takut, kalau-kalau lakonannya dikesan Ariana. Adiknya itu bukan bodoh, fikirnya dalam diam.
“Kalau kakak jujur, apa nak ditakutkan? Berani kerana benar, takut kerana salah,” ujar Ariana selamba seolah-olah dapat membaca fikiran kakaknya.
Kali ini Liyana betul-betul tersentak. Adiknya betul-betul bijak memerangkapnya. Silap haribulah, dia tertangkap akibat rancangannya sendiri!
Liyana sudah berkira-kira untuk beredar. Semakin lama di sini, makin pecah tembelangnya. Baik dia angkat kaki segera untuk mengelakkan pertanyaan adiknya yang bukan-bukan.
Ariana hairan. Kakaknya dah nak angkat kaki.
“Kakak nak ke mana tu?”
“Dah lewat ni, akak dah ngantuk. Nak tidur.” Liyana berpura-pura menguap. Ah, terpaksa!
Sebai-baik sahaja Liyana keluar, Ariana menghabiskan bukaan balutan hadiah tadi. Dia tersenyum sendiri apabila ternampak isi hadiah itu.
Sepasang kerongsang berbentuk gugusan orkid terpampang di depan matanya. Cantiknya! Hatinya melonjak tatkala melihat keronsang perak itu. Dalam hatinya sudah terbayang untuk mengenakan keronsang itu bersama tudungnya. Pasti menarik! Getus hatinya lagi.
Sekeping kad tiba-tiba mencuri perhatiannya. Siapa yang hantar ni?
Buat Ariana,
Saya harap awak gembira dengan pemberian saya ni...
Truthfully, I bought this one special for you..
Saya berharap dapat mengenali awak lebih dekat
Have you ever wondered how I knew you..
Well, Nita is the best answer..
Hope to hear from yo soon..
Yours truthfully,
Tengku Ibrahim Adham
Ariana membaca tulisan becampur bahasa inggeris dalam kad itu dengan rasa tidak percaya. Siapa Tengku Ibrahim Adham?
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment