Monday, December 1, 2008

BAB 9

Ariana membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut. Perkara pertama yang menerjah otaknya ialah di manakah tempat dia berada. Bilik bercat putih itu seperti asing baginya. Seorang misi lalu di sebelah katilnya. Dia lalu menyedari yang kini dia berada di hospital. Tetapi bagaimana dia boleh berada di sini?

Tiba-tiba seorang gadis belasan tahun masuk ke kamarnya. Hasnita! Hatinya berteriak gembira. Gadis itu masuk sambil menatang segelas air kosong.

“Ari? Kau dah sedar? Alhamdulillah, kau buat kitorang risau je tau tak,” ujar Hasnita bimbang bercampur lega. Kitorang? Hati Ariana berdetik. Siapa lagi yang tahu?

Ketika Ariana hendak menyuarakan pertanyaan, barulah dia sedar tekaknya terasa perit.

“Nita, aku nak air,” pinta Ariana. Hasnita pantas menyuakan gelas air kosong tadi. Setelah meneguknya, tekak Ariana terasa basah kembali dan tidak perit lagi.

“N..Nita, macam mana kau boleh ada kat sini? Apa dah jadi?” Ariana cuba mendapatkan kepastian daripada temannya. Dia bingung yang teramat.

“Tadi masa kat sekolah, lepas dapat result kau terus pengsan. Aku yang patut tanya kau, kau ada sakit apa sebenarnya?”

“T..takda apa-apa. Aku Cuma pening kepala sikit. Itu aje,” jelas Ariana ringkas. Dia tak mahu sesiapa pun tahu tentang penyakit kroniknya itu. Cuma sebelum ini sakit yang menjengah tidaklah begitu teruk sehinggakan terpaksa ditahan di wad seperti sekarang.

“Betul takda apa-apa?”

“Betul.” Ariana rasa berdosa lagi. Ah, bohong sunat!

Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke bilik wad itu. Ariana seperti terpaku di pembaringannya. Dia lagi! Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu sama seperti keadaannya di sekolah tadi.

“Hah, panjang umur kau Am. Ari baru je sedar tadi. Nasib baiklah kau ada waktu tu. Kalau tak aku pun tak tau nak buat apa. Ari ni pun satu, nak pengsan tiba-tiba je pulak!” ujar Hasnita sambil berseloroh. Ariana tertawa kecil. Nita… Nita, aku nak pengsan time tu, mana aku tau?!

“Eh, parents aku tau tak aku kat sini Nita?” Ariana hairan. Kenapa bila dia sedar tadi, muka Hasnita yang dia nampak, bukan Puan Lily atau Encik Syah.

“Dah, aku dah call diorang tadi. Diorang masih kat office. Sekarang kan office hour? Nanti petang diorang datang melawat kau,” Hasnita ingin menyambung sesuatu namun bicaranya terhenti apabila apabila Doktor Rosnah, doktor yang merawat Ariana memanggilnya. Hasnita bangkit meninggalkan Ariana dan lelaki tadi di bilik itu.

Lelaki tadi menarik kerusi lalu duduk berdekatan Ariana. Ariana sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya lagi. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, bicararanya dipotong lelaki itu.

“Syukur awak dah sedar Ari. Apa-apapun congratulations. You got 10A1 in your SPM,” Lelaki itu menghulurkan tangannya.

Ariana tidak mengendahkan huluran tangan itu sebaliknya terus menyambung.

“Terima kasih. Err, kita pernah jumpa sebelum ni kan?”

“ Ya, saya Adam. Tengku Ibrahim Adham.” Jawab lelaki tersebut. Ariana seeprti tersedar. Nama penuh itu seperti pernah dikenalinya. Ibrahim….Ibrahim…dia memerah kepalanya otaknya lagi. Aku yakin, aku pernah berjumpa dengannya, berkawan denagnnya, sebelum aku bertemu dengannya buat kali kedua di KLIA dulu, getus hati Ariana.

“Kita pernah jumpa kat KLIA dulu. Masa jemput cousin saya Nita tu.Saya ingat nama awak Ari.Apa nama penuh awak?” Adham pula bertanya menyentakkan lamunan Ariana.

“ Ariana Aqilla,” jawab Ariana jujur. Nama belakangnya jarang sekali digunakan, malah seingatnya, tidak pernah. Kebanyakan orang yang mengenalinya hanya memanggilnya Ari.

Adham pula yang terkesima. Entah mengapa nama Aqilla itu mengingtakannya pada seseorang, tetapi dia tidak ingat siapa. Raut wajahnya sama, saling tak tumpah seperti orang itu. Perkara itu sudah lama berlalu, tak mungkin gadis didepanku ini dia! Adham seperti ingin menjerit apabila terdengarkan nama itu, akan tetapi suaranya langsung tak terkeluar.

Tanpa sedar mulut Adham menyebut sesuatu.

“Q…Qilla..” bibirnya terkatup semula setelah mengucapkan kalimah itu. Meskipun suaranya perlahan, namun ia dapat ditangkap Ariana. Takkan ada sesiapapun yang memanggilku dengan gelaran itu kecuali seorang.

“A…Ayiem?!” bibir Ariana bergerak payah sewaktu menyebut nama itu. Tidak! Tak mungkin, aku tak percaya!

Spontan Adham mendakap tubuh Ariana yang kaku. Ariana terkesima. Sungguh tidak menyangka situasi yang berlaku. Namun dia sedar, dia berhadapan dengan realiti, bukan fantasi.

“Qilla…kau..kau masih ada. Aku tak sangka…. tiga belas tahun, tiga belas tahun, aku terpisah dengan kau…” Adham menyambung. Suaranya tersekat-sekat kepayahan. Sementara Ariana masih seperti tadi, kaku di dalam dakapan Adham. Memang apa yang dikatakan Adham itu benar, cuma dia belum punya kekuatan untuk menelan semua hakikat ini kembali.

Ya, Adham sahaja yang mengetahui kisah hidupnya, hanya lelaki itu…..

Pintu terkuak tiba-tiba. Hasnita tercegat di ambang pintu. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.


Ariana terkaku. Dia sudah tidak tahu hendak berbuat apa. Adham pula cepa-cepat merengggangkan pelukannya yang kejap tadi. Hasnita sebaliknya tidaklah mempamerkan riak marah, tetapi dia hanya sedikit terkejut.

“Am, aku nak cakap dengan Ari sikit…” kata Hasnita ringkas. Adham segera memahaminya. Hasnita mahu bercakap dengan Ariana bersendirian. Adham segera bangun untuk berlalu. Tiba di daun pintu, lelaki itu melemparkan renungan lembut kepada Ariana. Cepat-cepat Ariana melarikan pandang. Renungan yang lembut itu kelihatan tajam pada pandangan matanya. Setiap kali lelaki itu menatapnya, debaran di dadanya bergetar kencang sehingga dia seolah-olah dapat mendengar degupan jantungnya sendiri.

Hasnita mengambil tempat duduk Adham tadi. Wajahnya kelihatan serius. Ariana sudah dapat mengagak. Pastinya sahabatnya itu dahagakan penjelasan rentetan adegannya dengan Adham tadi.

“Ari, apa dah jadi?”

“Aku minta maaf, Nita… aku boleh jelaskan, bukan niat aku untuk buat macam tu, tapi… Am yang mulakan….”

Hasnita diam sejenak sebelum memotong cakap Ariana.

“Aku bukannya tanya pasal tu, lantaklah kau dengan Adham nak buat apapun, bukan ada kait-mengait dengan aku pun…”

Ariana sedikit terpukul dengan kata-kata sinis temannya. Marahkah Hasnita padanya?

“Apa maksud kau?”

“Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku, kan? Yalah, maksud aku tentang penyakit kau. Kau, kena leukemia kan?” kali ini nada Hasnita tidak sekeras tadi. Dia mahu mendengar penjelasan sebenar dari kawannya itu.

Ariana terdiam sejenak. Kata Hasnita memang benar. Dia memang sudah mengetahui penyakitnya itu 6 bulan yang lalu dari doktor yang merawatnya sekarang, Doktor Rosnah. Tetapi penyakit kronik itu dirahsiakan dari pengetahuan semua orang, termasuk keluarganya sendiri.

“Nita, I’m sorry. Aku tak berniat nak sembunyika hal ni, tapi aku cuma taknak kau risau,” Ariana berharap benar Hasnita termakan pujuk dan alasannya.

“Walaupun dari kawan kau sendiri? Aku ni siapa Ari? Kenapa aku tak berhak tahu semua ni? Aku kawan kau. Susah senang, kita tanggung bersama. Sekarang kau susah, kenapa kau rahsiakan? Kau tak percayakan aku ke? Sampai hati kau, dah lama kita bersahabat Ari, dah lama sangat….” Hasnita teresak-esak kecil. Inilah kelemahan Hasnita. Nampak sahaja periang, tetapi hatinya cukup mudah tersentuh. Meskipun begitu, Hasnita mudah dipujuk. Rajuknya hanya sekejap.

Ariana menegakkan badannya. Dia cuba memujuk Hasnita.

“Nita, aku minta maaf. Aku janji, aku takkan buat macam ni lagi. Jangan menangis macam ni. Habis spoil muka kau yag cun macam Asywarya tu,” Ariana berseloroh. Mengharap jenaka kecil itu dapat menenangankan kawannya.

Hasnita ketawa kecil dalam tangisannya.

“Kau ni, aku tengah feeling ni, pandai pulak kau buat lawak,” kata Hasnita perlahan. Ariana lega. Sekurang-kurangnya Hasnita sudah mula bercakap kembali.

“Tapi, Nita.. kau dah tahu hal ni, tolong jangan berutahu sesiapa, cukuplah kau je yang tahu. Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi.”

“Termasuk mama dan papa kau?”

Ariana mengangguk. Keputusannya nekad. Hasnita mula-mula berat hati namun akhirnya dia bersetuju. Paling tidak, dia sudah tahu. Dia hanya bersetuju, tetapi tidak berjanji apa-apa kepada Ariana. Jika keadaan Ariana parah, tidak boleh tidak, perkara ini terpaksa juga dibocorkannya kepada pengetahuan Puan Lily dan Encik Syah.

“Ari, kau dah janji tadi kan?”

“Hah, janji apa?” Ariana bertanya seperti orang bodoh.

“Ya Rabbi, takkan kau dah lupa,” Hasnita menepuk dahinya. “Kau dah janji takkan rahsiakan apa-apa dari aku lagi.”

“Habis?”

“Apa cerita kau dengan Am? Kau dah pernah kenal dia ke? Jangan sembunyikan apa-apa lagi, Ari”

Ariana mengeluh. Ini bererti dia perlu menyingkap semula kisah tiga belas tahun yang lalu itu. Dia mengangguk, bersetuju. Perlahan-lahan peristiwa lampau itu disusun dalam kotak memorinya.

.

No comments: