Monday, December 1, 2008

BAB 7

Liyana melangkah masuk ke dalam kelab malam yang saban malam menjadi destinasi tetapnya.Dengan tube yang melekap di badannya, pasti tidak susah baginya untuk mencari teman menari malam itu. Selama ini kehadiran Liyana di kelab itu pun seringkali mendapat layanan hangat, yang tidak pernah mengecewakannya.

Setibanya di kaunter bar, dia melambai kearah seorang bartender. Pantas meminta segelas wain putih. Dia menikmati minuman syaitan itu sambil metanya meliar ke sekeliling ruang pub itu. Apa yang dilihatnya memang satu suasana yang biasa. Gadis-gadis, yang mungkin tidak layak dipanggil gadis lagi, berpeleseran dengan jejaka-jejaka buaya darat yang hanya gilakan nafsu.

Tiba-tiba matanya terarah pada seorang lelaki yang agak berumur di satu sudut. Lelaki itu keseorangan, tidak ditemani sesiapa. Ah, ini peluang bagus, datuk besar tu, getus hati kecil Liyana. Perlahan-lahan, dengan lenggoknya dia menuju kearah lelaki itu.

“Hai, sorang je? Boleh I temankan?” soalnya dengan nada manja. Lelaki yang dikenali sebagai Datuk Ramzi itu mengangguk. Liyana melabuhkan punngungnya di sebelah lelaki itu. Tangannya tidak menunggu lama, terus sahaja merayau ke atas tubuh lelaki itu. Sementara sebelah lagi tangannya masih meneguk wain.

“Sayang, you boeleh temankan I malam ni kan? I sunyilah,” luah lelaki tadi dengan nada yang boleh menjelikkan telingan sesiapa sahaja.

“Boleh, tapi you nak bawak I ke mana? Kalau you nak I layan you, takkan kat sini? Takde privacylah,” rengek Liyana. Pada hakikatnya dia bersetuju. Bukan dia tak tahu, wang habuan yang bakal diterimanya pasti melampuh. Padanya, dia sanggup berbuat apa sahaja. Dulu, dia pernah juga buat begitu dengan beberpa orang lelaki sehingga dia bunting. Namun, semuanya digugurkan. Dia maklum, mamanya tahu perbuatannya, tetapi wanita tua itu sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Benda dah jadi.

“Of couse not here. Lewat malam nanti I bawa you ke hotel. I dah siap book dah.”

“Thanks, darling. Sekaarang apa kata kita menari dulu?”

Lelaki itu tidakmenolak. Tangannya dihulurkan. Mereka terus hanyut dalam dunia indah ciptaan manusia yang alpa kepada tuhan-nya.

Pintu dapur belakang dibuka senyap-senyap. Liyana terhendap-hendap masuk. Bimbang kepulangannya lewat pagi ittu dikesan. Meskipun pelbagai alasan sudah dirancang dalam mindanya, dia masih cuak. Kalau mama yang bertanya, hal itu mudah diselesaikan. Mamanya itu mudah mempercayai katanya. Tetapi jika Ariana yang menagkapnya, masalah besar baginya. Gadis itu bijak dan tidak mudah diperbodohkan, sekurang-kurangnya itulah tanggapan Liyana buat gadis itu pada masa ini.

Liyana sudah separuh jalan di tangga menuju kebiliknya. Tiba-tiba kedenganran sesuatu.

“Uhuk!Uhuk!” batuk dari bilik mama kedengaran. Ah! Liyana mengurut dadnya lega. Nasib baik mamanya tidak perasan. Dia terus masuk ke biliknya. Tanpa disedari ada sepasang mata yang mengekorinya.

Tengku Ibrahim Adham masih termenung di biliknya. Hari sudah pagi benar. Sejak malam tadi matanya asyik tercelik sahaja. Dia tidak dapat lelap walaupun sesaat. Setiap detik fikirannya hanya bertumpu pada satu perkara sahaja, Ariana.

Hakikatnya, dia sudah mula mengenali serba-sedikit latar belakang gadis itu dari sepupunya Hasnita. Tidak banyak yang berjaya diketahuinya. Ariana, seorang gadis cantik, pandai dan berbudi bahasa. Cuma adakalanya gadis itu lebih senang berahsia tentang masalah dirinya. Hasnita yang sudah lama berkawan dengan Ariana turut mengakui bahawa dia belm mengenali sepenuhnya diri gadis itu. Apapun, menurut Hasnita lagi, gadis itu bijak menymbunyikan masalahnya. Apabila berada di hadapan teman baiknya pun, Ariana pandai menutup konflik hidupnya. Sentiasa ceria dalam apa keadaan pun menyebabkan dia mudah didekati.

Apapun, Adham hanya berharap pemberiannya lewat di Australia dahulu diterima Ariana. Dia tahu, hadiah itu tidaklah bernilai mana. Bukannya dia tak mampu untuk mencari yang lebih mahal, tetapi baginya biarlah murah yang penting ianya dihargai. Keronsang itupun dibelinya secara tergesa-gesa dpada hari terakhir dia di Australia. Hasnita ada memberitahu kepadanya bahawa gadis itu bertudung, maka dia meembeli keronsang bermotifkan bunga orkid itu.

“Along, along buat apa ni?” tegur adiknya Tengku Suraiya yang manja dipanggil Sue itu.

.

No comments: