Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kini result SPM sudah hampir dikeluarkan. Pelajar-pelajar tingkatan 5 kebanyakannya berdebar-debar menunggu keputusan mereka. Begitu juga halnya dengan Ariana. Dalam minggu ini, dia resah semacam. Saban hari dia menelefon Hasnita. Temannya itu juga tidak kurang nervousnya. Apapun, Ariana sudah mencuba yang terbaik. Dia juga yakin, 10A1 yang diimpikan itu pasti tercapai lantaran usahanya yang tidak kenal lelah dan penat.
Tanggal 5 Mac 2006. Tarikh yang tidak akan dilupakan Ariana sampai bila-bila. Pagi itu dia bersiap ala kadar. Seperti biasa, baju kurung terlekat di tubuh langsingnya. Ariana memang gemar mengenakan baju kurung apabila hendak keluar. Pernah dia ditegur Hasnita tentang stail pemakaiannya yang agak kolot. Tetapi, cara itu lebih bersopan dan menutup aurat, selain cantik dan bergaya. Berbeza benar dengan Hasnita yang lebih mengikut trend terkini meskipun bertudung.
Tiba-tiba lagu Janjiku memecah keheningan pagi yang dingin itu. Ariana mencapai handphonenya. Agaknya, tentulah Hasnita yang menelefonnnya.
“Assalamualaikum, Ari. Aku ni,” tekaan Ariana tepat. Dia tersenyum kecil. Mujurlah temannya itu tidak terlepas salamnya lagi. Dalam keadaan cemas seperti ini pun, kawannya masih beringat!
“Waalaikumsalam, Nita. Aku tahu kau call aku sebab apa. Macam nilah, aku datang rumah kau, kita ke sekolah sama-sama ok?” pinta Ariana.
“Ok, tapi……”
“Tapi apa, kau takut kan?”
“Ha’ah. Aku takut, kalau aku tak dapat 10A1 tu….”
“Takpe Nita. It’s okay. Kita dah berusaha. Aku pun nervous jugak ni. Tapi kita serahkan pada Allah.” Pujuk Ariana.
Talian diputuskan. Ariana sudah ke bawah. Selesai bersarapan sekadarnya, dia meminta diri dari mama. Kak Liyana pula masih tidur di atas.
Ariana mencium tangan Puan Lily lembut. Dia keluar dari banglo besar itu dengan harapan yang menggunung. Cita-citanya sebagai pensyarah pasti kesampaian. Ya! Ini penentu segalanya, tekad Ariana dalam hatinya.
Lima belas minit berjalan, dia sudah menjejakkan kaki ke rumah Hasnita. Gadis yang hanya berbaju lengan panjang dan berseluar jeans itu sedang menunggunya cemas. Mereka kemudiannya sama-sama ke sekolah.
Sebaik-baik sahaja sampai ke sekolah, Ariana dan Hasnita terus berkejar ke papan kenyataan. Sebahagian rakan-rakan mereka yang lain sudah mengerumuni papan ‘penentu hidup’ itu. Dalam kelompok pelajar yang ramai, Ariana terpandangkan seseorang.
Siapa itu? Dia seperti pernah ternampak wajah lelaki yang seperti kacukan itu. Tubuhnya yang tinggi lampai dan seraut wajahnya yang kacak itu seperti pernah singgah di kotak fikirannya. Tapi di mana?
Dia masih tertanya-tanya siapakah jejaka itu sehinggalah Hasnita menjerit memanggil namanya. Temannya itu segera menggamitnya ke papan kenyataan.
“Ari, kita berdua dah berjaya! Kau dan aku dapat 10A1! Hasnita melonjak-lonjak kegirangan. Suasana sekitar sudah tidak dipedulikan lagi.
Ariana dengar jeritan Hasnita itu. Dia dengar. Tetapi sesuatu menerobos masuk ke dalam mindanya serentak dengan berita gembira itu. Ya! Lelaki itu! Dia sudah ingat lelaki itu. Bukan di KLIA, tetapi di satu tempat yang luas, yang dia sendiri tidak pasti di mana letaknya. Apa yang pasti,dia pernah, penah berjumpa lelaki itu sebelum Hasnita memperkenalkannya.
“Ari? Ari?!” Ariana dengar namanya dipanggil Hasnita. Saat itu, kepalanya sudah berdenyut kesakitan. Dia cuba menahan namun persoalan yang tidak terjawab membuatkannnya seperti hendak pitam.
Hasnita mulai pelik. Diamati wajah Ariana. Baru sesaat dua matanya terlekap, sesuatu meleleh keluar dari hidung Ariana. Satu cecair yang berwarna merah pekat. Darah!
Ariana meraba-raba wajahnya apabila Nampak reaksi Hasnita. Tangannya terhenti pada hidung. Darah yang meleleh ditambah dengan sakit kepala yang tidak terperi, menyebabkannya langsung tersungkur ke tanah tidak sedarkan diri.
“Ya Allah! Ari, kenapa ni? Ariana!!!!!” Hasnita menggoncang-goncangkan tubuh sahabatnya namun ianya tetap kaku, tidak memberi sebarang reaksi. Spontan mata Hasnita meliar. Dilihatnya pelajar-pelajar lain turut terkaku, seperti dirinya tadi, Cuma dia lebih cepat tersedar akan situasi yang berlaku.
Mata Hasnita akhirnya terpaku pada seorang lelaki. Dia automatik mengenalinya. Lantas melambai kearah lelaki itu dan menggamitnya membantu meredakan keadaan.
“ Am!!”
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment