Thursday, December 4, 2008

BAB 25

Mama mengetuk pintu bilik Ariana yang terkunci dari dalam. Dia bimbang akan keadaan Ariana. Sejak semalam anaknya itu selepas balik kerja hanya berkurung di dalam bilik. Keadaan Dania pun sudah lama tidak dijengahnya.

“Ma? Kenapa? Masuklah,” Tiba-tiba sahaja wajah Ariana terjongol di mula pintu. Mama yang terkejut dari monolog singkatnya tadi mengurut-urut dadanya. Ariana ketawa pulas melihat telatah mamanya.

Mama meliarkan matanya melihat bilik anaknya itu. Kemas dan bersih.

“Ari dah makan malam?”Tanya mama lembut.

“Sudah, ma. Tadi sebab lambat singgah McD sahaja. Ari tak mahu susahkan mama, tunggu Ari balik untuk makan sama. Tapi lain kali Ari akan cuba balik cepat, kita makan sama ye ma?”lembut suara Ariana menjamah telinga mama.

Mama diam sekejap. Ariana Nampak lain. Wajahnya yang polos tanpa mekap itu Nampak pucat.

Mata gadis itu ada bekas di sekitarnya. Mama melabuhkan punggung di sebelah anaknya atas katil Queen Size Ariana.

“Ari, Ari ada masalah ke?” Tanya mama lurus. Dia tahu ada yang tidak kena dengan Ariana kebelakangan ini.

“Ma, mana ada. Ari okey aje.”

Janganlah mama tahu…aku tak mahu libatkan mama dan papa dalam masalah aku.
“Cuma kerja kat pejabat aje. Banyak sangat. Tu yang letih semacam ni.”Relevankah alasanku ini?
“Betul Ari tak ada masalah lain?”
“Betul, ma.”
“Lah, kalau macam tu, mintalah cuti sahaja. Papa kamu tu pun satu, tak boleh tengok anaknya ni senang langsung,”rungut mama kemudiannya. Tapi intonasinya kedengaran manja sahaja.
“Emm..tengoklah nanti Ari mintalah dari papa. Mama jangan risau ya?”
Dia tiba-tiba teringatkan Dania. Lantas dia ingin membuka mulut bertanyakan hal Dania, namun mamanya lebih pantas memotong.
“Bawalah Dania tu berjalan-jalan. Mama tengok dia diam sahaja sehari dua ni. Makan dan tidur sahaja. Kalau ada kamu, riuh tak cukup mulut budak tu nak bercakap. Tapi dengan nenek dia ni, tak pandai pula dia bermesra macam dengan kamu.”
Ariana tahu mamanya merujuk berkenaan dirinya yang terlalu sibuk hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Dania. Memang betul kata mama. Dania itu ketara manjanya dengannya sahaja, dengan orang lain Cuma berkelakuan seadanya sahaja. Entah bagaimana reaksi anak itu apabila bertemu dengan ibu kandungnya nanti?
“Okey mama. Esok juga Ari minta cuti sehari penuh dari papa. Ari nak bawa ma dan Dania keluar. Kita makan dan bershopping sama, ye ma?”
“Hmm..kamu ni. Cepat sahaja nak mengambil hati mama.”Kata mama mencebik kecil. Namun hatinya senang dengan persetujuan Ariana itu.
Mama bangun dari duduknya. “Okey saying. Dah lewat malam ni. Mama pergi dulu.”
Terus wanita itu mengucup dahi Ariana. Tak pernah dilupakan kewajipannya setiap malam untuk anaknya itu. “Selamat malam, assalamualakum,”ujar mama lembut. Ariana mengucup pipi kiri ibunya.“Malam, ma. Waalaikumsalam.”
Mama mematikan lampu biliknya dan memasang lampu meja sisi yang suram sebelum melangkah meninggalkan bilik Ariana.

Ketiga-tiga mereka begitu seronok berjalan dan membeli belah di Suria KLCC. Ariana bukanlah berhajat untuk membeli apa-apa pun, dia Cuma mahu mneyenangkan hati kedua-dua insane yang dia saying ini sahaja.
Mama sudah meninggalkannya dengan Dania untuk membeli barang keperluan rumah. Dania pula sudah merengek ingin ke Toys and Kids. Ariana Cuma mengikut. Biarlah sehari ini dia menunaikan apa sahaja yang dihajati Dania. Biarlah sehari ini dia dapat bersenang-lenang dan bermanja dengan Dania.
“Aqilla?”
Ariana terhenti. Tidak aka nada orang lain yang berani menyerunya dengan nama itu. Cuma dia sahaja. Hanya dia. Ariana menggeleng. Dia tidak boleh bertemu dengan lelaki ini lagi. Cepat dia menarik tangan Dania ingin beredar dari situ.
Tapi tiba-tiba lengannya disentap. Dia menoleh. Benar sangkaannya. Lelaki itu merenungnya lama. Ariana tertunduk, hanya menekur lantai. Dia tahu, dia tidak akan mampu lari dari kenyataan ini.

“Ari apa khabar? Sihat?” Tanya Adham berbasa-basi. Dia lihat gadis itu sudah susut sedikit tubuhnya.
“Alhamdulillah, Ari sihat. Cuma sibuk dengan kerja.”Ariana menjawab rendah. Dia sudah semakin tidak senang hati. Dia tidak mahukan pertemuan ini berlaku. Tapi waktu Adham mengajaknya tadi, entah kenapa dia tidak menolah. Hatinya seolah rindu untuk menatap wajah Adham. Dia terasa betapa bersalahnya dia kali ini. Berkali-kali matanya melilau melihat sekeliling. Dia tidak mahu ada ‘mata-mata’ yang mengintipnya saat ini..
“Kenapa Am call Qilla tak dapat-dapat? Qilla masih pakai ke nombor tu?”
Ariana terasa benar-benar tersepit dengan keadaan ini. Dia perlu menjelaskan masalahnya segera dengan Adham. Dia mahu hal ini cepat-cepat selesai tanpa membabitkan mana-mana pihak.
“Am..”
“Qilla…”
Serentak suara keluar keluar. Mereka berpandangan sesame sendiri. Adham ketawa lepas manakala Ariana Cuma tersenyum kecil menahan malu.
“Silakan. Ladies first. Qilla cakap dulu.”
Ariana menggeleng. Hakikatnya perkara yang bakal disuarakannya ini lebih menyakitkan. Dia merenung jauh memerhatikan Dania yang berlegar-legar di Toys and Kids tidak jauh dari tempat duduknya.
“Takpe. Am cakap dulu.”
Adham merenungnya sekejap, kemudia menarik nafas panjang.
“Sebenarnya Am dah lama nak beritahu Qilla hal ni. Tapi langsung tak dapat contact Qilla. Am rasa, walaupun ini bukanlah masa yang sesuai, Am kena suarakan juga hal ini.”
Ariana meluruskan fokusnya kea rah Adham. Lelaki itu kelihatan serius, tidak bercanda seperti tadi.
“Am nak melamar QIlla sebagai isteri Am. Dengan nama Allah dan Rasulnya Am nak menyunting Qilla jadi suri hidup Am selama-lamanya, dunia dan akhirat. Am Cuma mahu Qilla temani Am dalam hidup Am Am ikhlas…Izinkan Am membahagiakan hati QIlla”rayunya sungguh-sungguh. Memang benar, tidak perlu Am menjelaskan dirinya ikhlas atau tidak, Ariana tahu Am benar-benar ikhlas dari sinar matanya yang mengharap.
Saat ini Ariana mula rasakan matanya bertakung. Kenapa mesti begini takdir kita, Am? Kenapa tidak dari dulu lagi kau katakan ucapan itu?
Ariana langsung tidak jadi hendak memberitahu Am perkara yang ingin disuarakannya mula-mula tadi. Dia tidak sanggup melukakan hati Am, tidak, tapi hatinya sendiri.
“Am….maaf, Ari kena pergi dulu..”Ariana sudah bangun. Airmatanya sudah meluncur laju membasahi pipinya. Dia sudah tidak boleh bersuara apapun lagi. Hatinya terlalu sedih. Terlalu sedih…

BAB 24

“Ha ha ha ha…”
Tawa yang kuat itu mengilai lagi. Membingitkan. Nyaring menusuk telinga si pembantu. Sedangkan wanita bersut hitam kemas itu masih memanjangkan ketawa enggan berhenti lagi.
Fasa pertama berjaya! Selepas ini kau akan tahu nasib yang bakal kau hadapi….Terasa segala yang dirancangnya akan tercapai. Satu-satu bayangan reaksi mangsanya terlayar di mindanya. Dia sudah tidak peduli apa lagi. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan!


Dia berselubung kejap dalam comforter tebalnya. Sejuk yang amat terasa meskipun penghawa dingin mahupun kipas tidak dipasang. Selimut itu ditarik sehingga ke dada. Matanya sedari tadi terkelip-kelip enggan terpejam. Dia merenung kosong siling biliknya. Dia nekad. Kali ini dia tak mahu menempah maut lagi.
Lebih tepat, dia tidak akan berjumpa, berhubung dengan apa cara sekalipun dengan lelaki itu. Biarlah..yang penting keselamatannya terjamin.
‘Jumpa , berhubung dengan Adham atau nyawa kau di hujung tanduk!Dan jangan cuba-cuba report pada polis, nasib kau sama’
Ariana tidak sanggup untuk menatap lagi kertas mesej entah siapa punya itu. Yang lebih menakutkannya tulisan itu ditulis dengan calitan darah. Entahlah darah manusia atau binatang tidak Ariana ketahui, tetapi kali pertama dia menjumpainya, tulisan itu masih segar dengan darah yang masih basah, baunya pula hanyir menusuk hidung.
Entah kenapa dia jadi begitu penakut sejak menerima surat ancaman itu. Apa-apa akibanya dia akan tanggung sendiri. Sebab itulah dia akur pada syarat si pemberi surat itu, tidak melaporkannya pada pihak polis. Entah-entah nanti kalau dia mungkir keluarganya turut diheret sama ke permainan ini. Lebih-lebih lagi si kecil Dania itu.
Dia membulatkan azam. Esok atau secepat mungkin dia akan menukar nombor telefon. Itu tindakannya yang pertama. Menjauhkan diri dari Adham. Hatinya terasa bagai dicarik-carik. Selepas ini Adham tidak akan dapat menghubunginya lagi. Puas hati kau, Ariana? Suara hati Ariana berbisik. Tapi ini untuk kebaikan semua jugak, hatinya membidas balik.
Dia kejamkan mata rapat-rapat. Air mata yang ditahan-tahan mengalir juga. ‘Tuhan, berikan aku kekuatan.’

Ariana baru selesai mandi dan berpakaian. Dilihat jam di tangannya sekilas. Pukul tujuh lima belas pagi. Aku kena segera. Nanti lewat pula ke pejabat.
Setibanya dia di anak tangga yang terakhir, dia terkejut besar. Papa!
“Papa!”sebut Ariana separuh menjerit. Dia meluru turub kea rah papanya yang sedang berdiri di hadapan meja makan sambil menjinjit beg kerjanya.
“Assalamualaikum….Ari anak papa ni. Kenapa kabut semacam ni sampai tak sempat nak bagi salam?” usik papa nakal. Ariana pula yang tersenyum malu. Papa, memang pandani mengenakannya. Sebenarnya, Ari rindu sangat papa!
“Waalaikusalam, papa,” ujar Ari sambil bersalam dan mencium tangan papanya.
“Kalau ikut jadual, papa balik lusa, kan? Kenapa awal pulak ni?” Tanya Ariana lurus.
“Hai anak papa ni, macam tak suka je papa nak balik awal?”usik papa lagi.
“Takdelah…Cuma klien tu dah setuju. Sebab semua hal dah setel papa check out awallah..” suara papa serius balik. “Papa tiba-tiba rasa macam kena balik cepat. Rasa macam Ari ada masalah. Ari okey? Sihat?” Tanya papa kemudiannya.
“Papa..Alhamdulullah..Ari sihat aje. Tapi bagus jugak papa pulang cepat ni. Ari pun dah tak cukup tangan nak uruskan hal pejabat tu. Susah betul kalau papa takde,”rungut Ariana.
“Ari…Ari masa nilah Ari kena belajar buat semua tu. Tambah pengalaman sebnayak yang boleh. Ari masih muda, banyak yang perlu dipelajari. Nanti kalau satu hari papa dah tiada…”papa terhenti. Ada air mata yang bergenang di kelopak matanya. Ariana Nampak mata papa yang bening itu mula berkaca dengan air jernih.
“Papa..jangan cakap macam tu,”Ariana rasa sebak bila dengar papa berbicara begitu. Cepat dia pun mula terasa nak menangis sama. Ariana memeluk papanya erat-erat. Isy, apa ni? Pagi-pagi macam ni mood aku dah rosak nak ke pejabat. Papa ni la..
“Eh, apa ni? Ariana? Abang ?dah siap, meh kita sarapan.”tiba-tiba mama mematikan suasana hiba itu. Ariana mengesat airmatanya perlahan. Papa pun begitu. Melihatkan bihun goreng kegemarannya masakan mama, mood Ariana mula ceria berdikit-dikit. Terliur pula seleranya.
Dan mereka bertiga mula menikmati sarapan pagi itu dengan berselera. Ariana memandang mama. Wanita berumur hampir setengah abad itu kelihatan ceria sahaja, Cuma matanya bengkak sedikit.mungkin kerana banyak mengangis atau mungkin juga ada sebab-sebab lain. Ariana sedar sejak pemergian Liyana, orang-orang dalam rumah ini sedang bersedih. Tapi tidak bagi mama. Seolah-olah dia cuba merahsiakan kesedihan hatinya dengan keceriaan yang pura-pura ditunjukkan di luar.
Aku pun sedang cuba belajar untuk terima semua ni. Jadi kuat macam mama, desis hati Ariana sewaktu menghabiskan suapan terakhirnya.
“Macam mana Cik Ariana? Terima tawaran saya? Atau mungkin saya harus kurangkan jumlah tiga puluh peratus saham tu sehingga lima belas peratus sahaja,”
Ariana merenung kertas proposal Syarikat Bumi Emas yang dihulurkan Dato’ Idris kepadanya. Syarikat perhotelan bumiputra itu sedang cuba ‘mencucuk’ jarumnya untuk mengaut keuntungan Crescent Holdings. Ialah, bagi Ariana mungkin untuk permulaan tiga puluh peratus sahaja saham milik Crescent yang dilaburkan, tapi esok lusa, jumlah itu pasti bertambah lebih tinggi. Pemegang saham Bumi Emas ada beberapa orang yang sudah bertapak di syarikatnya.
Ariana mengalihkan pandangannya dari fail proposal itu. Dia menghalakan pandangannya pada lelaki yang sedang meneguk fresh orange di hadapannya pula. Suasana di restoran Hotel Hilton ini memang romantic. Ditemani pula dengan cahaya lampu yang suram. Ariana hairan, entah mengapa klien di hadapannya ini mengajaknya berunding di tempat seperti ini. Walhal mereka jelasnya Cuma mahu membincangkan tawaran saham itu sahaja.
“Beginilah sahaja Dato’. Kalau lima belas peratus, that would be the right amount to bid for. Tapi, saya perlu berbincang dahulu hal ini dengan papa saya. Saya Cuma CEO baru di Crescent, segala keputusan berkaitan saham syarikat masih dipegang papa saya sebagai pengerusi tertinggi,”ulas Ariana panjang lebar.
Dato’ Idris masih tidak mahu melepaskan matanya dari wajah gadis di hadapannya. Fikirannya melayang sebentar entah ke mana. ‘Cantik, cekap pulak tu dia handle hal syarikat. Kalaulah aku dapat….’
“Dato.”panggil Ariana perlahan. Dia tersenyum kecil. Boleh termenung lagi dia ni.. Dia mahu beredar segera. Perbincangan ini berakhir di sini sahaja. Tangannya menggenggam kejap fail biru muda proposal Dato’ Idris.
Dato’ Idris masih tidak bereaksi. Hanya matanya yang terpaku tepat ke wajah Ariana.
“Dato’. Dato’ Idris!”suara Ariana naik seoktaf. Hanya kali ini baru Dato’ Idris tersedar.
“Ah..Ya, Cik Ariana?
Macam malu sahaja nadanya,getus hati Ariana. Dia tidak dapat menahan untuk ketawa melihatkan tingkah Dato’ yang semacam bingung sahaja itu.
“I think our discussion ends here,” ujar Ariana sambil bingkas bangun dari duduknya. Sekali lagi seperti dulu, lelaki itu terlebih dahulu menghulurkan tangan dan menggenggam kemas tangan kecil Ariana. Lama sehingga naik lemas pula gadis itu.
Cepat-cepat Ariana menghayunkan langkah keluar dari restoran mewah itu. Bil minuman mereka awal-awal lagi sudah dibayar depositnya oleh Dato’ Idris.

Tuesday, December 2, 2008

BAB 23

Liyana meraba dahinya. Masih berbalut kemas. Dia tidak tahu apa reaksinya nanti apabila balutan itu dibuka doktor tidak lama lagi. Lukanya sudah sembuh walaupun terkdang dirasakan dahinya sedikit berdenyut. Kata doktor, itu kesan sampingan biasa akibat pembedahan kecil tempoh hari. Dia cuma perlu berehat secukupnya.
Ariana! Dia teringat adiknya itu tiba-tiba. Entah apa khabar adiknya itu sekarang? Dan bagaimana pula dengan Dania? Liyana terasa betapa dayus dirinya sebagai seorang ibu. Dania itu memang anak kandungnya tapi hingga detik ini dia belum punya kekuatan untuk bersua muka dengan anaknya itu.

‘Mungkin aku boleh tanyakan Ariana hal Dania’putusnya dalam hati.

Serentak itu Liyana mencapai handphonenya di meja sisi. Didailnya nombor telefon Ariana. Harap-harap dia angkat,pohonnya dalam hati.

‘Tuut…Tuuut…’
Hampa. Hanya itu yang menerobos pendengarannya. Dia cuba mendail beberapa kali lagi selepas itu tetapi hanya berjaya menembusi voice mail sahaja. Kecewa, dia terus mematikan panggilan. Hatinya sudah mula dipanjat sebak. Mungkin memang benar Ariana maish marahkannya. Memang wajarnya pun dia didendami adiknya sebegitu. Kesalahannya pada Ariana tidak terhitung. Dia masih berdoa agar Ariana berlembut hati, hanya kerana Dania. Ya Dania. Anak itu tidak berdosa, masih tidak mengetahui apa-apa.
Dan untuk kesekian kalinya, dia mengeluh lagi.

Briefcase hitam berkilat itu dijinjitnya kemas. Ariana mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Telefon bimbit itu sejak sejam yang lalu dimatikan kerana berada dalam bilik mesyuarat. Satu jam itu dia pula yang mempengerusikan mesyuarat itu kerana ketiadaan ayahnya. Ayahnya sudah bertolak ke Kedah semalam untuk berjumpa dengan seorang klien syarikat mereka di sana. Alih-alih Ariana diamanahkan untuk mengambil alih tugas ayahnya buat sementara waktu. Tapi syukur sahaja, dia dapat mengendalikan mesyuarat tadi dengan baik. Portfolio yang disiapkan ayahnya, tinggal dibentangkan dan diterangkan serba-sedikit. Selepas itu sesi perbincangan dan soal-jawab.

‘5 missed calls’

Terbeliak mata Ariana merenung paparan skrin handphonenya. Segera dia memeriksa nombor yang tertera. Hatinya tiba-tiba menjerit riang. Kak Yana!

Ariana menghampiri keretanya sambil mendail semula nombor kakaknya. Hatinya sudah berlagu senang. Dia ingin bertanyakan khabar kakaknya. Dia ingin menceritakan pengalaman barunya bekerja di pejabat ayah. Dia ingin menyampaikan berita Dania yang kini sudah petah bercakap dan manja. Dia ingin berkisah segalanya dengan kakak!

“Assalamualaikum…Kak Yana! Ari ni!” Riang nada Ariana.

“Ari,”suara Kak Yana kedengaran lain pada pendengaran Ariana. Macam lemah sahaja suaranya. Kak Yana sakit ke? “Waalaikumsalam..”sambung Kak Yana kemudiannya.

“Kak..Kak sihat ke? Ari dengar suara kakak macam….”Ariana terdiam sebentar, tidak tahu apakah benar perkara yang bermain di fikirannya sebentar tadi.

Pintu kereta yang berkunci dibuka. Ariana baru hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi pemandu itu apabila matanya menangkap sekeping kertas di atasnya.

“Ari? Ari?”

Suara Kak Yana di telefon bimbitnya sudah tidak kedengaran. Terlepas telefon bimbitnya ke tanah. Ariana terkaku. Tangannya sudah mula menggigil. Dia beristighfar perlahan. Ditambah mengucap berkali-kali sambil melurut dadanya.

Perlahan-lahan Ariana mencapai kertas yang tidak diketahui siapa penulisnya dan bagaimana ia boleh dimasukkan ke keretanya yang berkunci itu. Dia membaca mesej di atas kertas itu lagi. Lagi sekali. Untuk kali yang ketiga barulah dia rasakan matanya tidak menipu.

Dan akhirnya dia terduduk di birai jalan itu!

Monday, December 1, 2008

BAB 22

Ariana melangkah perlahan dari bangunan Crescent ke tempat parker kereta. Berjam-jam duduk di bilik pejabatnya, badannya terasa lenguh dan sengal. Mana tidaknya, tadi sahaja dia terpaksa melayan beberapa orang client baru.

Entah kenapa dia terbayang-bayang seorang client baru yang berkunjung ke pejabatnya tadi. Ada sesuatu yang aneh pada raut lelaki berumur itu, tetapi tidak dapat dipastikan apakah yang terselit di sebalik wajah aneh itu.

“Saya Datuk Idris. Nice to meet you, Cik....”

“Ariana. Ariana Aqilla Shah,” jawab Ariana pantas. Tatkala Encik Idris menghulurkan tangan untuk bersalam, Ariana teragak-agak untuk menyambutnya. Bukannya apa, dia sedikit cuak melihatkan senyuman nakal yang bermain di bibir lelaki itu. Dan kerana Encik Ramli yang berhempas-pulas mengisyaratkan Ariana agar menyambut huluran itu, mahu tidak mahu Ariana terpaksa akur.

Agak lama tangannya berada dalam genggaman lelaki itu sebelum dilepaskan. Ariana menyumpah sendiri dalam hati. Dasar jantan nak ambil kesempatan! Luahnya seorang diri.

Huh! Lelaki semua sama. Pantang Nampak ikan depan mata, tak sah kalau tak sambar! Omelnya lagi. Nun di langit kelihatan mega senja yang indah melabuhkan tirai petang. Tak semena-mena Ariana terasa dingin yang amat. Lantas langkahannya yang sedari tadi perlahan dipercepatkan.

Ariana menekan punat kunci keretanya. Sewaktu di semakin hampir ke arah keretanya, diarasakan ada sejalur cahaya yang menyimbah mukanya. Serta-merta dia menoleh ke belakang. Kosong. Tiada apa yang mencurigakan kelihatan melainkan deretan kereta yang terparkir. Spontan bulu romanya tegak. Dia mula berpeluh dalam kedinginan. Tanpa membuang masa, dia terus menghidupkan enjin kereta. Beberapa saat selepas itu, keretanya sudah meluncur laju membelah kegelapan malam.


Di satu sudut dalam sebuah bilik yang suram, seorang wanita sedang duduk di birai katilnya. Jemarinya lincah bermain di atas sekeping gambar yang ditampal di dinding biliknya. Entah apa yang bermain di fikirannya, setiap kali jarinya menyentuh gambar tersebut, wajahnya tercalit sedikit duka. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Wanita itu melepaskan jemarinya yang bermain pada gambar itu.

“Hello, Mie....so..how’s our plan? Is it progressing smoothly? I’m pretty sure it is,” tangannya bermain semula pada gambar tadi.

“What? Really? I’m expecting it. I can truly rely on you. By the way, if there’s anything more, I’ll call you back.” Serentak talian diputuskan.

“Am, kau akan tau apa akibatnya. Apa yang kau buat pada aku dulu, kau akan terima balasannya. Bila perempuan kesayangan kau ni dah ada dalam tangan aku, you’ll regret it. Ha...ha..ha...” dan gema tawanya yang nyaring memecah keheningan malam.


“Ari! Ari! Bangun! Ari tak ke pejabat ke hari ni?” kata mama kuat sambil menggerak-gerakkan tubuh anak gadisnya yang masih nyenyak tidur. Dia hairan, sepatutnya waktu sebegini, anaknya sudah bangun dan bersiap untuk ke pejabat. Tetapi hari ini lain pula, digerak beberapa kali pun masih tidak berganjak dari tidur. Mama meraba dahi Ariana. Raut wajahnya berubah tiba-tiba. Panas. Dahi Ariana panas. Apa kena dengan anak gadisnya itu?

“Ari?!”

Ariana terpisat-pisat bangun apabila dirasakan badannya digoyangkan dengan kuat beberapa kali. Setelah pandangannya jelas, wajah mama yang risau menyapa matanya.

“Ma, kenapa tak kejutkan Ari awal?” tanyanya. Tangannya mengagau mencari jam loceng di meja sisi. “Hah? Astahgfirullah, dah pukul Sembilan ni mama,”dia mengeluh berat. Mama menggeleng-geleng kepala melihat kelakuan anaknya. Tiba-tiba kepalanya terasa berat yang amat. Hendak mengangkat kepala pun menyakitkan. Berdenyut-denyut. Tangannya kuat mencengkam dahinya. Mama hairan berbaur terkejut melihat kelakuan anaknya.

“Ari? Kenapa ni? Ari tak sihat ya?”Tanya mama prihatin. Dia duduk di birai katil Ariana.

“Tak ada apa-apa mama. Cuma sakit kepala sikit aje ni. Ari memang kena pergi office hari ni. Kerja kat pejabat tu..bertimbun-timbun,” keluh Ariana kemudiannya.

Mama hanya mengangguk. Tidak tahu bagaimana lagi harus dia menasihati anaknya itu. Akhirnya dia keluar,meninggalkan Ariana seorang. Sepergian mama, Ariana terus bangkit dari katilnya. Tuala yang tersangkut dicapainya. Sakit kepala yang berdenyut tadi tidak dihiraukannya lagi.

Memang seperti yang dijangka Ariana. Sebaik-baik sahaja dia menjejakkan kaki ke pejabatnya, setiausahanya, Hanani sudah menunggunya dengan wajah yang risau. Malah di hadapan gadis manis itupun sudah bersusun setimbun fail yang perlu disemak oleh Ariana.

“Assalamualaikum, morning..Hanani,”kata Ariana lembut menyapa setiausahanya itu. Seperti biasa, dia tidak lupa menghulurkan senyuman.

“Waalaikumussalam, morning, Cik Ariana,” jawab Hanani. Majikannya itu kelihatan sangat cantik dan berkeyakinan pagi ini sehingga dia terpesona seketika. niatnya hendak bertanyakan perihal kelewatan Ariana langsung dilupakan.

“Ok...so how’s my schedule today?” pertanyaan Ariana itu kemudiannya menyedarkan Hanani. Cepat-cepat dia mencapai organizer di hadapannya.

Hari itu kebetulan hujan lebat. Ariana masih lagi terpacak di hadapan bangunan Crescent. Dari tadi dia mengeluh-ngeluh. Entah kenapa, payungnya boleh tertinggal dalam kereta. Keretanya pula diparkir agak jauh dari bangunan tempat kerjanya. Kalau hendak menunggu hujan berhenti pun, pasti memakan masa sekurang-kurangnya setengah jam memandangkan hujan yang lebat berdebur-debur itu. Mahu tak mahu. Ariana terpaksa menunggu.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Ariana terkial-kial menyeluk handphone tersebut di kocek seluarnya. Mungkin mama agaknya, dia risau aku pulang lambat, detik hatinya.

“Assalamualaikum..” jangkaan Ariana salah. Bukan mama tetapi panggilan dari lelaki yang sudah lama ditunggu panggilannya. Hati Ariana melonjak gembira. Senyuman di balik bibir cuba disembunyikan.

“Waalaikumussalam.” Sepatah juga dijawab Ariana. Dia cuba mengawal suaranya yang sedikit bergetar.

“Qilla ada kat mana ni?”

“Err...,” terasa janggal pula apabila nama itu yang digunakan. Ariana sudah begitu lama tidak mendengar panggilan itu di bibir Am. “Qilla masih kat office. Tak dapat nak balik lagi. terperangkap dalam hujan,” sambung Ariana seterusnya. Di luar hujan masih seperti tadi, menderu-deru lebatnya.

“Qilla, sekarang juga Am datang. Qilla tunggu..jangan ke mana-mana tau,” baru Ariana hendak menjawab, talian sudah diputuskan. Dia terdiam, tidak terkata apa-apa lagi.

Sakit kepala Ariana datang lagi. kali ini lebih sakit dari pagi tadi. Sedaya-upaya cuba ditahannya namun entah sejauh mana dia mampu bertahan. Dia akui, memang silapnya sendiri. Setahunya, sudah dekat enam bulan dia tidak menghadiri check-up dengan doktornya. Akibat kesibukan kerja, Ariana terlupa hal kesihatannya sendiri. Dalam hati, Ariana hanya mampu memohon. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu ini, dia memohon lirih.

“Qilla?” sapa Am yang tiba-tiba sahaja muncul.

“Am..., maaf, bila Am sampai?” Tanya Ariana kembali. Namun Am tidak menjawab soalannya.

Cepat-cepat Am menghampiri Ariana. Gadis cantik itu lain benar petang ini. Wajahnya pucat. Bibirnya yang selalunya basah dan merah itu kelihatan kering dan keungu-unguan.
“Qilla, Qilla okey ke? Am tengok, Qilla macam orang sakit aje,” kata Am serius. Ariana menggeleng kepala. Dia masih berusaha menahan sakitnya di hadapan Am. Dia tidak mahu Am mengetahuinya walaupun hakikatnya Am sudah maklum akan penyakitnya itu. Dia mahu terus kuat di hadapan Am.

“Mari, Qilla, Am hantarkan ke kereta,” pelawa Am. Payung yang dibawanya agak kecil untuk dua orang. Ariana tidak membantah.

Berjalan meredah hujan lebat sepayungan dengan Am mencetuskan satu perasaan halus di hati Ariana. Dia terasa amat dekat dengan Am, amat dekat. Meskipun diam, dia tersenyum gembira dalam hati. Langkahannya lemah dan perlahan, tetapi dikuatkannya juga.

Beberapa meter hendak sampai ke kereta Ariana, sebuah kereta Wira merah metalik melintas laju. Ariana terkejut. Badannya terhuyung-huyung sedikit kurang stabil. Dan spontan sahaja tubuhnya yang lemah sudah berada dalam dakapan kemas Am. Untuk sesaat dua, Ariana terasa seperti di awang-awangan. Namun sakit kepala yang berdenyut-denyut tanpa belas itu membawanya semula ke alam nyata. Matanya bergenang, dia sakit tetapi bahagia.

“Qilla?Qilla?” dia terasa tubuhnya digoncang kuat. Ariana sudah tidak berdaya menahan sakit. ‘Terima kasih, Am’. Selepas itu, Ariana sudah tidak ingat apa-apa lagi.



Adham terpisat-pisat bangun apabila terasa sinar matahari menyilaukan matanya. Perlahan-lahan dia bangun. Mengeliat kecil. Jaket yang dipakai semalam masih tersarung kemas di tubuhnya kerana keadaan sekeliling yang agak dingin.

Dia memerhati gadis yang masih belum sedarkan diri itu. Wajah gadis itu yang lembut dan redup seperti menunjukkan bahawa dia sedikitpun tidak menderita akibat penyakit yang sudah lama dirahsiakannya itu. Hati Adham tercuit. Sememangnya tingkah laku dan kecantikan Ariana yang membuatkan hatinya tertarik. Tetapi sayang, gadis itu seperti tidak mengendahkan kehadirannya selama ini.

Qilla....kalau Qilla tahu isi hati Am sekarang ni, Qilla takkan nak buang Am dari hati Qilla macam ni....

Dia mengeluh lagi. baginya, Ariana tidak sepatutnya merahsiakan penyakit yang dideritainya itu daripadanya. Sehingga Ariana pengsan semalam, barulah Adham sedar tahap penyakit Ariana di tahap kronik. Dan dia sedar selama ini Ariana menanggung semuanya keseorangan. Kali ini, dia tidak mahu gadis itu menghadapinya sendirian lagi. tekadnya, selepas gadis itu sedar, dia akan sentiasa bersama memberi dorongan dan bantuan sekadar yang dia mampu.

Adham keluar dari bilik Ariana sejam kemudian. Dia perlu ke pejabat juga untuk menyelesaikan kerjanya yang tertangguh.

“Ariana....Ariana.....”

Ariana terasa seperti namanya diseur berkali-kali. Dia membuka mata tetapi tiada siapa yang kelihatan. Berkali-kali matanya digosok-digosok untuk melihat gerangan empunya diri yang memanggilnya. Namun seperti tadi, tiada siapa yang kelihatan di ruang bilik yang kecil itu. Dia kembali menutup matanya, dengan harapan dapat menghapuskan suara yang mengganggu lenanya tadi. Mungkin suara itu hanya halusinasiku sendiri, detik hatinya sekadar untuk menenangkan jiwa yang resah.

“Ariana....”

Kali ini, Ariana bingkas bangkit. Tubuhnya tegak. Dalam kedinginan, titis-titis peluh mula terbit di dahinya. Dia pasti, suara tadi bukan khayalannya. Ia benar-benar wujud. Jelas sekali di pendengarannya. Dalam kesamaran cahaya, akhirnya matanya dapat menangkap satu bayangan perempuan di sudut biliknya. Matanya dikecilkan lagi agar bayangan itu makin jelas. Bayangan perempuan tadi mendekat kea rah katilnya. Ariana terkedu. Dia terkaku di katilnya. Berbulan-bulan dia menanti kehadiran ‘perempuan’ itu. Kini ‘perempuan’ itu datang lagi buat kali kedua.

Sedar-sedar sahaja, apbila Ariana kembali membuka matanya yang dipejam rapat sedari tadi, gadis misteri itu sudah pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi katilnya. Ariana diam tidak berkutik. Antara rasa takut dan berkobar-kobar ingin tahu, dadanya berdebar-debar.

“Tentu awak rasa terkejut. Mungkin juga...takut. Saya tahu apa yang bermain dalam fikiran awak sekarang, Ariana..” suara gadis itu memecah kesunyian yang tercipta. Ariana masih bungkam. Tidak berganjak sedikitpun dari tempat tidurnya.

“Nur..kenapa baru sekarang awak muncul?” Ariana pula memberanikan diri untuk bersuara. Dia perasan ada nada serak dalam suaranya akibat tekak yang kering dan terlalu lama tidak bercakap.

Gadis yang dipanggil Nur itu menggeleng kepalanya. “ Ariana, sebenarnya ada satu hakikat yang perlu awak tahu.”

“Hakikat?” Ariana mengulang perkataan itu. Ada kerutan di dahinya menandakan dia belum dapat menangkap maksud gadis itu.

“Sebenarnya setiap malam saya ada di sisi awak, temankan awak. Cuma, kerana awak seringkali tidur awal, awak tak perasan kehadiran saya. Saya kasihan dengan keadaan awak, Ariana. Saya tahu awak tersepit dengan kondisi penyakit awak yang sebegini. Awak perlu menjaga hati semua orang, tapi kemahuan awak sendiri awak tak dapat nak capai.”

“Kemahuan saya?” Tanya Ariana kembali.

Nur tidak menjawab pertanyaan Ariana itu. Ariana kembali merenung wajah gadis dihadapannya itu. Sekali dipandang, memang ternyata Nur mempunyai roman wajah yang serupa dengannya. Tetapi jika diteliti dengan lebih betul, Nur memiliki satu tahi lalat kecil yang hampir tidak kelihatan di tepi bibir bawahnya.

.

BAB 21

Berlegar-legar di shopping complex Mega Mall Ariana hanya sekadar berjalan-jalan menghilangkan bosan. Dia tidak membawa teman-temannya seperti kebiasaan. Hari ini dia cuma membawa Dania. Sudah agak lama dia tidak meluangkan masanya bersama anak kecil itu. Dania sudah meminta-minta untuk membeli barang permainan. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memenuhi keinginan Dania untuk menyedapkan hati Dania. ‘Ah, biarlah, aku pun jarang lekat di rumah, tentu dia pun bosan. Elok juga kalau kubelikan sedikit permainan,’Ariana menurut kata hatinya.

Ariana memimpin tangan Dania berhati-hati ketika masuk ke Toys and Kids. “Nia, mama bagi Nia pilih barang permainan yang Nia mahu. Pergilah,” ujar Ariana lembut sambil melepaskan Dania pergi . seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Dania terus sahaja meluru ke arah rak-rak permainan patung yang digemarinya. Ariana hanya duduk memerhatikan anaknya dari jauh. Dia sendiri tidak kuasa untuk berjalan lama-lama. Duduk di salah sebuah bangku yang tersedia di dalam kedai tersebut melegakan sedikit sengal-sengal kakinya.

Mindanya masih ligat mengingati agenda-agenda syarikatnya. Hampir setiap hari dia perlu mengetuai mesyuarat-mesyuarat penting. Di samping itu perjumpaan dengan client dari luar dan kerjasama dengan badan-badan lain amat meletihkannya. Esok lusa, menurut papanya, dia perlu turun ke tapak projek pula. Hai, memang tak ada masa lah aku nak berehat, keluhnya di dalam hati.

Bahunya ditepuk dari belakang tiba-tiba. Ariana cepat menoleh. Hasnita!

Hampir setahun wajah Hasnita tidak dilihatnya. Dia terlalu rindukan kawannya itu. Spontan, mereka berpelukan seketika.

“Nita! Lamanya kau menghilang! Kau ke mana? Kau nampak kurus sekarang, kau okey ke” Tanya Ariana sebaik-baik sahaja Hasnita melabuhkan punggung di sebuah bangku di sebelahnya. Hasnita nampak sungguh ceria sekarang. Dahulu tubuhnya agak gempal berisi kini telah langsing. Mukanya pun berseri-seri.

“Kau ni, dah lama kita tak jumpa, belanjalah aku makan ke, ni tak , terus aje serang aku!” balas Hasnita berseloroh. “Aku sambung belajar, ambik Master kat Australia. Yang tang badan aku ni pulak, hmmm, macam biasalah, mana aku selera makanan diorang tu, sebab tulah jadi macam ni,”jelas Hasnita lagi dengan nada ceria.

“Anyway, kau apa khabar?” Tanya Hasnita.

“Aku? Okey, Cuma lately, rasa penat-penat sikit. Kau buat apa kat sini? Cari toys untuk siapa?”

“Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Aku dari Avon tadi. Lalu sini, aku ternampak kau. Teruslah aku singgah kat sini,” kata Hasnita.

“Oh..,” Ariana tidak tahu hendak berkata apa. Jika dikatakan dia hendak membeli permainan anak, panjang lebarlah perlu dia menceritakan kisahnya pada Hasnita.

“Mama!” laungan Dania mematikan perbualan mereka berdua. Di tangannya tergenggam erat sebuah patung Barbie. Ketika Dania menghampiri mereka berdua, Hasnita memandang Ariana semacam. Alamak! Detik hati Ariana.

“Mama, Nia nak yang ni, cantik tak mama?” Tanya Dania pada Ariana yang ketara sudah kematian kata-kata. Dia hanya mengangguk sambil membalas pautan Dania pada tangannya.

“Ari? Kau tak cerita pun pasal budak ni? Siapa ni?” Tanya Hasnita. Intonasinya curiga. Sudah berkeluargakah temannya itu? Jika sudah, mana suaminya?
Aku, err..ni anak aku, Dania,” jelas Ariana terketar-ketar. Dia cuba menyeimbangkan nada suaranya agar tidak kedengaran janggal tetapi gagal. Dania memerhati gadis di sebelah mamanya itu dengan tanda Tanya.

“Dania, ini kawan mama. Auntie Nita. Salam dengan dia, sayang,” ujar Ariana lagi pada Dania. Gadis kecil itu menurut. Disalam dan dicium tangan Hasnita hormat. Sedikit sebanyak tersentuh hati Hasnita. Budak ini sungguh comel dan bersopan, tetapi kenapa dia tiada iras wajah ibunya?

“Anak kau? Baik budaknya Ari. Mana suami kau? Kau tak beritahu aku pun yang kau dah kahwin. Sampai hati kau tak jemput aku,” kata Hasnita seperti merajuk. Ariana bagi nak tergelak mendengar celoteh kawannya itu. Kalaupun dia berkahwin, bagaimana nak dijemput Hasnita yang sedang belajar di Australia itu.

“Panjang ceritanya Nita. Nantilah, kalau ada masa aku cerita kat kau, okey? Sekarang, aku ke kaunter kejap, bayar mainan Dania ni,” Ariana meminta diri segera. Usai membayar harga permainan Dania, mereka bertiga beriringan keluar dari dari Toys and Kids.

Hasnita berjalan pantas. Matanya seperti mencari-cari sesuatu. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Ariana naik hairan dengan perlakuan Hasnita itu.

“Nita? Kau cari apa?” Tanya Ariana apabila rasa ingin tahunya tidak dapat ditahan-tahan.

“Sepupu aku, aku datang dengan dia tadi. Mana pulak dia ni pergi? Tadi kata nak ajak aku pilihkan kemeja untuk dia,” rungut Hasnita sambil terus meliarkan matanya. Ariana terfikir, sepupu Nita? Kalau nak beli kemeja, tentu dia lelaki. Nanti dulu, kalau sepupu lelaki, mungkinkah dia?

“Siapa?” Tanya Ariana berdebar-debar. Ya Allah, jangan-jangan dia lagi! entah kenapa debaran di dadanya bergetar hebat setiap kali terfikirkan lelaki itu.

Belum sempat Hasnita menjawab apa-apa, mereka dikejutkan dengan satu suara garau dari belakang.

“Sorry, Nita, aku pergi toilet sekejap tadi,” kata lelaki itu memohon maaf. Dia juga nampak sedikit terkejut dengan kehadiran Ariana, ditambah lagi dengan si kecil yang manja memaut lengan gadis itu.

“Qilla?” entah kenapa nama itu juga yang terluncur dari bibir lelaki itu. Ariana merasakan jantungnya makin berdebar. Dipaut tangan Dania lebih kemas. Am, kenapa kehadiran kau selalu mengocak jiwaku?

Ariana tekad untuk pergi dari situ. Lebih lama dia bertentangan dengan Adham, lebih hebat jiwanya bergelora. Seboleh-boleh dia cuba mengusir pergi perasaan itu, tetapi cinta memang tak mengenal siapa.

“Nita, aku nak balik dululah, lagipun Dania ni dah mengadu penat berjalan,” spontan Ariana member alasan. Dia perasan raut Hasnita yang berbaur hairan dan kecewa, tetapi dia juga tidak betah menghadap wajah lelaki ini lama-lama.

“Eh, cepatnya kau nak balik? Nantilah dulu, kita makan dulu ke? Aku belanja,” pelawa Hasnita dengan harapan kawannya itu mengubah fikiran. Dia pelik, tadi Ariana begitu beria berbual dengannya, tetapi tingkahnya berubah tiba-tiba dengan kehadiran Adham.

“Tak apalah, Nita.”

“Qilla boleh temankan Am pilih kemeja, nak?” tiba-tiba sahaja Adham mencelah.

“Ha’ah, boleh jugak tu Ari. Please, jangan balik dulu, untuk aku,” rayu Hasnita kali ini bersungguh-sungguh. Akhirnya Ariana beralah untuk menyenangkan hati Hasnita agar rakannya itu tidak berkecil hati.

Hasnita tidak henti-henti mengusik dan mengacah Dania sepanjang mereka berjalan meninggalkan Ariana yang resah dengan Adham yang tenang di sebelahnya. Dia langsung tidak tahu apa yang perlu dibualkan dengan lelaki itu. Jika dengan Hasnita mulutnya becok berborak itu dan ini, lain halnya dengan Adham. Lelaki itu hanya akan mengelukan lidahnya setiap kali mereka bersua. Karisma dan kekacakan yang dimilikinya membuatkan Ariana berasa rendah diri. Dirasakan dirinya langsung tidak layak untuk bergandingan dengan lelaki itu.

“Qilla tolong pilihkan kemeja untuk Am, boleh?” pinta Adham lembut sewaktu mereka memasuki sebuah butik pakaian lelaki. “Si Nita tu memang tak boleh diharap. Tengok tu, makin leka dia main dengan anak Qilla.”

“Eh, takpelah. Am yang nak beli baju, bukannya Qilla,” terasa janggal membahasakan dirinya sebagai Qilla. Tetapi Adham yang selalu memanggilnya begitu nampak selamba sahaja.

“Am nak Qilla yang pilih. Tak boleh ke?” tegas sedikit suara Adham tetapi nadanya tetap rendah. “kalau tak, Am tak bawak Qilla ke sini,” sambungnya lagi.

“Okeylah, tapi jangan salahkan Qilla kalau warnanya tak kena atau apa-apa,” balas Ariana tersenyum nipis. Gaya Adham yang bercakap lembut kepadanya menghilangkan sedikit kekok berbicara dengan Adham.

Bersusun-susun pelbagai kemeja lelaki yang pelbagai corak dan warna di butik itu. Ariana mendapati kebanyakan kemeja di situ bermotif batik. “Am suka pakai corak batik?” Tanya Ariana pada Adham.

“Qilla?” Tanya Adham kembali. Dia sedang sibuk membelek-belek tali leher pula.

Ariana menggeleng-geleng. Adham memang degil. Mahukan dia juga yang membuat pilihan sendiri dalam segalanya.

Sehelai kemeja lengan panjang berwarna biru laut mencuri pandangan Ariana. Warnanya yang lembut itu difikir sesuai dengan Adham.

“Am, Qilla pilih yang ini. Okey?” Tanya Ariana meminta kepastian Adham. Adham berpaling, di tangannya terdapat sehelai tali leher berwarna biru tua bermotif corak geometri.

“Macam dah berjanji pulak kita ni, kan? Qilla pilih biru cair, Am pilih biru laut. Sama-sama biru,” suara Adham kedengaran lembut menembusi pendengaran Ariana. Pandangan matanya lembut menikam mata bundar Ariana. “Kalau hati kita sama macam ni, alangkah bahagianya Am,” ujar Am, nada suaranya berubah romantik sambil meletakkan sebelah tangan ke dadanya. Ariana terpaku. Am, kalau sahaja kau boleh baca hatiku, keluh hatinya sendiri. Dia tahu lelaki itu tidak bergurau kerana wajahnya serius sewaktu mengucapkannya menandakan kesungguhannya.

“Am dah sudah kan? Bayarlah cepat, nanti tertunggu-tunggu pulak si Nita dengan Dania tu,” pantas Ariana mengubah topik. Alasan itu sama sekali tidak kena, kerana Hasnita nampak seperti sanggup berdiri di kedai itu berjam-jam lamanya asalkan dapat bersama dengan Dania. Mereka begitu galak bermain.

“Diorang tu macam faham pulak nak tinggalkan kita berdua, kan Qilla?. Cuma gadis depan Am ni aje yang macam nak melarikan diri” kata Adham. Dia ketawa kecil sebelum meninggalkan Ariana untuk membayar harga kemeja dan tali leher tersebut. Ariana terpempan lagi. sungguhpun nada Adham kedengaran seperti bergurau, hatinya terusik. Dia tahu Adham merujuk kepada tindakannya yang cuba melarikan diri tadi mereka berdua terserempak tadi. Adham seperti memahami apa yang terkandung dalam hatinya. Cuma caranya yang gemar melahirkannya dengan cara bergurau.
Ariana pulang dengan Dania agak lewat petang itu. Sebaik habis mereka membeli-belah, Hasnita membelanjanya minum seperti yang dijanjikan. Adham dan Hasnita pulang bersama. Dia pula memandu sendiri pulang ke rumah. Ariana sempat membeli beberapa pasang blazer beserta skirt labuh sepadan juga berwarna hitam untuk dipakai ke pejabat.

Sepanjang perjalanan pulang, mindanya memainkan semula peristiwa di butik pakaian lelaki tadi. Serta-merta dia terbayangkan Adham. Lelaki itu benar-benar menambat hati dan perasaannya. Entah sejak bila dia berperasaan sebegitu dia sendiri tidak pasti. Spontan dia teringatkan pula kenangan mereka berdua sewaktu masih kecil dahulu. Masa memang merubah segalanya.

Memandang Dania yang sudah tertidur keletihan di sebelahnya, dia terfikirkan sesuatu. Dania selama ini hanya membesar dengannya. Dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang lelaki. Ya, Dania perlukan seorang ayah!

.

BAB 20

Kelam-kabut Ariana pagi itu. Bukannya dia kesiangan, tetapi masanya banyak dihabiskan dalam memilih pakaian untuk ke pejabat. Pada mulanya dia terfikir untuk mengenakan baju kurung sahaja ke pejabat nanti, tetapi mengenangkan nasihat mama yang menggalakkannya mengenakan kot atau blazer, dia serba salah. Dia tidak pernah mengenakan pakaian sebegitu kerana lebih senang memakai baju tradisional seperti kurung atau kebaya. Atau paling tidak pun blaus berlengan panjang dan skirt labuh.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengenakan baju kurung. Ah, lagipun ini baru hari pertama aku bekerja di Crescent, buat apa nak glamour sangat, desis hatinya. Sepasang baju kurung moden kosong tie silk berwarna hijau pucuk pisang dipadankan bersama tudung bawal sama warna. Setelah merapikan tudungnya, dia mencapai tas tangan lalu segera turun ke bawah.

Papa sudah pun menunggunya di bawah. Papanya memang setiap hari berkot hitam ke pejabat. Nampak lebih kemas dan elegan.

“Hah, Ari! Dah lama papa tunggu. Kenapa, pilih baju ke?” Tanya papa yang sedang menyapu peanut butter ke rotinya. Mama pula sedang menuang jus oren. Ariana cepat-cepat mengambil tempat duduk di sebelah papanya.

“Ha’ah, papa. Confuse nak pakai baju apa. Ari manalah pro pasal attire pejabat papa ni,” kata Ariana.

“Pejabat Ari,” papa membetulkan. “Anyway, pakaian tak jadi isu besar pun. Papa tengok Ari memang manis berbaju kurung macam ni. Kalau nak pakai kot, Nampak lebih agresif dan lincah. Tapi ikut suka hati Arilah. Asalkan pakai baju.” Komen papa selamba.

“Sudahlah Ari, makan cepat. Nanti lambat pulak kamu sampai ke pejabat,” gesa mamanya pula. Sudahnya Ariana hanya sempat menjamah roti sekeping dan segelas jus oren. Itupun papanya sudah mula menghidupkan enjin kereta. Kelam-kabut dia menyudahkan sarapannya.

“Mama, Ari pergi dulu,” Ariana meminta diri sambil mencim tangan mama, kebiasaan yang dilakukannya setiap kali hendak keluar rumah.

“Ari! Cepat!” laung papa kuat dari luar rumah.

“Okay, pa, coming!” balas Ariana.

“Dah, cepat Ari. Jalan baik-baik,” mama menghantar Ariana ke muka pintu sebelum melambai apabila kereta suami dan anaknya mula bergerak keluar.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Crescent Holdings, Ariana rasa sungguh teruja. Ruang lobinya pun sudah jelas menunjukkan bahawa ia bukan satu syarikat yang calang-calang reputasinya. Seperti melangkah ke istana, ruang itu dilimpahi cahaya spotlight memaparkan lagi kemewahannya. Ariana tidak jemu-jemu meliarkan pandangannya ke sekeliling ruang yang besar itu. Di kaunter pertanyaan pula, dua orang staf wanita sedang bertugas. Ariana mula perasan bahawa staf-staf bawahan di sini semuanya memakai pakaian seragam. Bagi lelaki, kot hitam dengan seluar slack sementara bagi wanita blaus putih berlengan panjang beserta skirt hitam labuh yang dikenakan tampak kemas. Pada dinding di belakang kaunter pertanyaan, terukir logo Crescent Holdings yang menjadi kebanggannya iaitu sebuah imej bulan penuh. Betul-betul di atasnya diukir tulisan Crescent Holdings besar-besar.

Leka sebentar Ariana memerhatikan keadaan sekeliling sehingga tidak sedar bila papa menepuk bahunya, menggamit Ariana supaya mengikutnya segera.

“Pa, Ari tengok semua pekerja di sini pakai uniform. Tak apa ke kalau Ari pakai macam ni?” Tanya Ariana janggal.

Papa menggelengkan kepalanya sambil mengukir senyum. “Tak apa, hari ni kan baru first day Ari bekerja. Lagipun, uniform tu hanya untuk staf bawahan. Kalau untuk eksekutif, CEO, manager, semuanya boleh pakai pakaian bebas. Tapi lagi ramai yang pakai kot,” jelas papa seola-olah mahukan Ariana mengenakan kot pula.

Ariana diam sahaja selepas itu. Tidak tahu apa nak dibualkan. Papa membawanya menaiki lif ke tingkat dua untuk memperkenalkannya pada staf-staf lain. Ariana hanya menurut meski ada debaran bertandang di dadanya.

Melewati meja staf-staf lain, Ariana mula terasa kelainan. Kelihatan mereka semua amat ramah dan tekun menjalankan tugas masing-masing.

“Selamat pagi, Tuan Syah,” tegur seorang wanita yang agak berumur. Mungkin dia senior di situ kerana dia seorang yang menegur papa mewakili yang lain. Yang lain semua menghadiahkan semnyuman buat Ariana. Ada yang kelihatan teruja. Ada juga yang berkerut mukanya, mungkin hairan dengan penampilan gadis itu, yang jauh berbeza dengan pekerja-pekerja di situ.

“Selamat pagi, terima kasih semua. Hari ini, saya nak perkenalkan kepada kamu semua CEO baru kamu di sini. Anak saya sendiri, Cik Ariana,” jelas papa ramah. Ariana tidak hairan kenapa semua staf bawahan papa amat menghormatinya kerana sifat peramah dan bertoleransinya.

Staf-staf mula tampil ke hadapan untuk bersalaman dengan Ariana. Ariana menyambut setiap huluran salam dengan senyuman. Sedikit demi sedikit dia mula mengingati wajah dan nama-nama mereka.

Setelah selesai sesi perkenalan, papa menunjukkan pula pejabat Ariana. Bilik pejabat itu berhawa dingin dan lapang. Perabotnya lebih kepada kaca dan kayu. Ariana menggemari ruang pejabat barunya itu. Suasana itu begitu tenang. Yang paling menarik perhatiannya ialah guri pancuran di sudut bilik itu. Bunyi air yang mencurah-curah menggamit kedamaian. Hatinya melonjak riang apabila di atas meja kerjanya terletak sebuah laptop persendirian untuk kegunaan tugasnya.

“Ari, okey tak pejabat ni?” ujar papa mendapatkan kepastian. Dia tidak tahu sama ada ruang pejabat itu benar-benar selesa untuk anaknya atau tidak.

Ariana tersenyum lebar. “Okey sangat pa. Ari suka dengan konsepnya. Siap pemilik asal ruang ni?” tergerak Ariana untuk bertanyakan pemiliknya. Apa sebabnya pemilik itu meninggalkan ruang pejabat yang mewah ini?

“Tak ada sesiapa. Ari tahu, memang sejak ayah Ari mengendalikan Crescent sejak dulu lagi, bilik pejabat untuk Ari ni disediakan. Semua ni rekaan ayah Ari. Dah bertahun-tahun ditinggalkan, memang kotor dan berhabuk, tapi papa dah suruh cleaner bersihkan sebab Ari bakal menghuni pejabat ni,” bibir papa masih tak lekang dari senyuman setiap kali menjawab pertanyaan anaknya. Hatinya senang kerana Ari menyukai ruang pejabat itu.

Terkedu seketika Ariana mendengar jawapan papa. Ayah! Dia terlalu merindui ayahnya setiap kali nama itu meniti di bibir papa. Hatinya sebak.’ Ayah memang memahami citarasaku,’ detik hatinya.

Papa seperti dalam kekalutan selepas itu. Dia memandang jam tangannya kemudian mengucap panjang.

“Allah! Ari, papa dah lewat ni. Ada meeting lima minit lagi. pukul sebelas nanti Ari datang bilik papa, papa nak bagi taklimat sikit,”Papa kelam-kabut memperkemaskan kot dan kolarnya. Ariana ketawa kecil melihat kekalutan papanya. Tetapi dia menyanjungi sifat papa yang menepati masa.

Selepas papa beredar pergi, Ariana duduk di kerusi pusing. Kebosanan, dia sekadar membuka laci mejanya sengaja untuk melihat-lihat. Di laci terakhir, tangannya tersentuh sesuatu yang keras seperti kaca. Dia menariknya keluar. Sebuah gambar. Perasaannya mula berbaur sedih apabila menatap gambar itu. Ayah dan ibu bersama dia dan Kak Liyana bergambar mesra berlatar belakangkan rumah mereka. Runtuh hatinya mengenangkan saat-saat manis mereka bersama. Air mata yang cuba ditahan-ditahan akhirnya mengalir deras.

Gambar yang siap diframe itu diletakkan di atas mejanya. Ini sahaja kenangan bersama keluarganya yang dia ada. Dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh berada di situ. Agaknya, ayah tertinggal waktu memasuki ruang ini dahulu. Apapun, dia bersyukur gambar itu ada di situ. Sekurang-kurangnya dia boleh menatap wajah-wajah ceria itu setiap hari dia menggunakan bilik pejabat ini.

‘Ayah, walaupun ayah dah tiada, adik masih ada Crescent. Adik akan berusaha menjaganya, menguruskannya dengan baik sebagaimana ayah bersusah-payah membina dan memajukan Crescent dahulu. Adik janji,’ azam itu terpasak teguh dalam benak Ariana.
Sudah sebulan lebih Ariana bekerja di Crescent Holdings. Dia sudah mula biasa dengan suasana kerja barunya. Meskipun agak penat, dia gembira dengan tugasnya. Papa merupakan insan yang paling penting dalam membantunya menyesuaikan diri. Dia sering belajar tentang selok-belok perniagaan daripada papanya. Buku-buku tentang hal-hal yang berkaitan turut diturunkan papa kepadanya sebagai rujukan. Hasil kerja kerasnya, dalam masa sebulan lebih dia sudah mahir tentang urusan dalaman syarikatnya. Dalam mindanya pada detik ini tidak terlintas untuknya melakukan perkara lain melainkan belajar dan terus belajar untuk terus memajukan perusahaan warisan arwah ayahnya itu.

Ramai juga staf-staf yang bekerja dengannya berkawan rapat dengannya. Amirah yang sering tertawa sering membuatkannya tidak kering gusi dengan telatah lucunya. Azie yang mudah merajuk pula tidak betah menguji kesabarannya. Devi, Anisa dan Syamimi pula tidak menang tangan membantunya setiap kali dia terperangkap dalam tugasan yang menggunung. Sementara setiausaha yang comel Ziela memang pantas bekerja. Seperti lipas kudung dia menyiapkan setiap report yang diminta Ariana untuk ditaip dan difailkan. Rakan-rakan sepejabat yang mesra selalu menghilangkan kejanggalan dan kebosanannya bekerja saban hari.

“Azie, kau nak makan apa lunch ni?” Tanya Ariana pada Azie yang memegang jawatan sebagai ketua jabatan perkembangan kemanusiaan dan infrastruktur. Azie yang sedang membelek-belek isi sebuah fail hanya mengangkat bahu. Dia masih tekun menghadap failnya. Pejabat mereka bersebelahan. Ariana yang datang menjenguknya untuk mengajaknya keluar makan tengah hari bersama.

“Hello, Cik Azie,” ulang Ariana sambil menggoyangkan tangannya di hadapan Azie. “Semua orang dah keluar lunch. Kau tak nak lunch ke?” Tanya Ariana lagi. Kadang-kadang bosan juga dibuatnya dengan sikap Azie yang sering melekat dengan paperworknya sehingga tidak mengendahkan rakan-rakan sepejabat yang lain.

“Okeylah, aku ikut kau. Tempat biasa,” balas Azie akhirnya. Dia bangun dan menutup kembali failnya. Mereka berdua beriringan keluar dari pejabat.

Dari bangunan Crescent Holdings, mereka hanya perlu perlu melintas jalan dan berjalan kaki lebih kurang lima meter untuk sampai ke tempat makan biasa mereka. Ariana dan Azie lebih senang berjalan kaki lantaran trafik yang sesak setiap kali tiba waktu lunch. Tempat makan biasa mereka biasa sahaja, sederhana besarnya. Selera Mak Ngah bukan sahaja menjadi pilihan mereka berdua tetapi kebanyakan pekerja lain dari Crescent. Faktor lokasinya yang dekat, masakan melayu yang pelbagai pilihan, harga yang berpatutan dan sedap menyebabkannya menerima kunjungan yang tidak putus-putus saban hari dari Crescent Holdings.

Mereka berdua mengambil tempat di satu sudut yang agak lengang. Setelah memesan menu lazim mereka, mereka berbual-bual kosong sementara menunggu makanan siap. Ariana menggemari nasi paprika di situ. Baginya, nasi paprik mak Ngah tiada tandingan di Kuala Lumpur ini. Kerana itulah, hampir setiap hari nasi paprika itu dinikmatinya.

“Eh, Ari, handsome betullah mamat depan kita tu,” ujar Azie sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berkemeja merah tua yang makan di hadapannya. “Wah, cuba kau tengok, kalau jadi marka aku kan best,” dia mula memasang angan-angan. Ariana hanya memandang sekali lalu sahaja lelaki di hadapannya itu. Azie, Azie, kalau nampak pemuda handsome sahaja terus dilupakan bakal tunangnya Kamal.

Pelayan datang lalu meletakkan hidangan di hadapan mereka berdua. Azie masi tidak lekang dari memandang lelaki tadi.

“Woi, Azie. Makanlah. Kenyang ke kau ni tenung mamat tu macam tu?” sergah Ariana apabila dilihatnya Azie tidak berkelip mata merenung lelaki itu. Hanya selepas itu Azie menikmati hidangannya, itupun matanya masih menjeling.

Selesai makan, mereka terus sahaja keluar dari restoran itu. Seperti waktu pergi, waktu pulang pun mereka melintas harus melintas jalan yang sesak dengan kenderaan yang bertali arus. Dan dalam kesesakan orang ramai, mata Ariana terkesan seseorang. Lelaki berkemeja merah tua tadi, Adham! Cepat-cepat Ariana melarikan pandangannya, tidak mahu lelaki itu terperasan. Rupanya, bukan dia seorang yang sedar akan kehadiran lelaki tadi.
Sewaktu Ariana menoleh, dilihatnya Azie telah tiada. ‘Aduh, mana pulak minah ni pergi, dahlah dalam orang ramai ni,’gerutu Ariana sedikit geram. Matanya meliar mencari kelibat Azie di celahan orang ramai.

Akhirnya, dijumpai Azie sedang galak berbual dengan seseorang. Dengan siapa lagi kalau bukan lelaki yang asyik ditenungnya bagai nak rak sejak di kedai makan tadi. Ariana mengeluh. Adham lagi. asyik-asyik lelaki itu sahaja yang dijumpainya. Lelaki itu nampak seronok melayan celoteh Azie yang sememangnya banyak mulut. Riang wajah Adham sehingga menimbulkan rasa kurang senang di hati Ariana. Cemburukah aku? Duga hatinya.

Ariana segera mendapatkan Azie yang masih rancak berbual. Dia bertekad untuk tidak memandang Adham walau untuk sekilas pun.

“Kat sini kau rupanya Azie. Penat aku melilau cari kau. Tak sangka, dalam kesibukan orang ramai ni pun, mulut kau masih boleh berfungsi dengan baik, kan?” sindir Ariana geram. Entah kenapa, marahnya tidak boleh dikawal walaupun Azie hanya rakan baiknya yang ingin berbual-bual dengan Adham, lelaki yang selama ini dianggap langsung tidak penting dalam hidupnya.

Azie mula berubah wajah. Ketara benar dia terasa dengan sindiran Ariana. Tetapi sedaya upaya cuba ditahannya kerana Adham sedang berada di hadapannya. Adham memandang Ariana, tetapi gadis itu tetap seperti tadi, mata yang galak itu tidak pernah membalas pandangannya.

“Sorry, Ari,”nada suara Azie benar-benar kedengaran tidak ikhlas. “Aku terleka sekejap berbual dengan..Oh, aku terlupa nak perkenalkan lelaki handsome ni pada kau. Ari, ini Adham. Adham, ini Ariana, my collegue,” sambung Azie lagi. Ketika Adham menghulurkan tangan, Ari hanya memandang sepi huluran itu tanpa menyambutnya.

“Tak pe Azie. Aku dah kenal,”balas Ariana perlahan. Lelaki, dah kenal pun buat tak kenal, nak jaga ego depan perempuan lain!

Tidak mahu Azie bertanya lebih lanjut lagi, Ariana segera menarik kawannya itu meninggalkan Adham. Azie pula tiba-tiba menakup mukanya dengan tangan sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan Adham. Bahunya terhenjut-henjut dan bergegar. Ariana mula risau, kenapa dengan Azie ni?

“Azie, kau okey? Kenapa ni? Kau sakit ke?” Tanya Ariana bertalu-talu. Lebih merisaukannya, esakan kecil Azie mula kedengaran.

Ariana cuba menengkan Azie. Tangannya memaut bahu kawannya itu tetapi pantas ditepis.

“Ari, kalau..kalau lelaki tu boyfriend kau pun, kau tetap akan sindir aku macam tu ke?” akhirnya terluah jua perkara yang dipendam Azie. Ariana mula faham. Azie terasa hati dengan sindirannya tadi. Cepat benar kawannya itu merajuk. Hati perempuan memang sensitive, keluh hati kecil Ariana lagi.

“Azie, aku mintak maaf, okey? Aku bukannya marahkan kau, aku cuma risaukan keselamatan kau aje.”

Azie mengangguk. Dia cepat merajuk, tetapi senang dipujuk. Cepat-cepat dikesatnya airmata dengan tangan blausnya.

“Aku pun cuma berbual dengan dia. Kau pun tau perangai aku kan, memanglah aku ni gatal sikit dengan lelaki handsome, tapi berniat untuk curang dengan Kamal langsung tak terlintas di fikiran aku, Ari, sumpah!” nada suara Azie tidak semuram tadi. Dia sudah tersenyum sedikit.

“Aku tau.” Balas Ariana pendek namun bayang Adham masih berlegar-legar di ruang matanya. Entah kenapa kehadiran lelaki itu sudah mula dirasakan penting sejak akhir-akhir ini. Ariana benci dengan perasaan baru itu. Kenapa boleh jadi begini?

.

BAB 19

Liyana mengurut- urut dadanya. Tak disangka dia terserempak juga dengan Joe. Memang benar kata orang, KL ni kecil. Mana-mana, bila-bila sahaja kita boleh terserempak dengan orang yang kita kenali.

Cepat-cepat dipalingkan mukanya ke arah lain. Harap-harap agar lelaki itu tidak terperasan dirinya. Tetapi semuanya sudah terlambat apabila Joe kembali bersuara.

“Liyana..Liyana. kau ingat kau boleh lari dari aku. Apa kau buat kat sini? Nak mengemis dengan orang, mintak duit? Itulah, dulu aku suruh kau duduk dengan aku, kau lari, kalau tak kau dah hidup mewah, tak merempat macam ni,” ujar Joe dengan nada mengejek. Jelik sungguh Liyana mendengar celoteh lelaki bangsat itu.

“Aku ada hak nak pergi mana, buat apa. Kau pun tak boleh nak halang,” balas Liyana dingin. Ikutkan hati, malas dia mahu bertekak lagi dengan lelaki ini. Tetapi Joe yang memulakannya.

“Eh, garangnya Liyana sekarang ni. Kenapa ni? Yana tau tak, Joe rindu sangat pada Yana sejak Yana pergi dulu. Yana tak rindukan Joe ke?” duga lelaki itu. Makinlah meluat jadinya Liyana. Mahu sahaja dia menyumbat mulut Joe yang lembut gigi dari lidah itu biar tidak dapat mulutnya menipu lagi. serasa ingin sahaja dia lari dari sini. Lari dari lelaki yang pernah mencemar maruahnya ini. Tetapi dia masih dapat bertahan.

“Dahlah Joe. Tak payah nak berpura-pura. Kau tahu tak, kau dah banyak menyusahkan aku? Lepas ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan. Lagipun apa yang kau nak lagi dari aku? Semua kau dah dapat! Semua kau dah rampas!” ujar Liyana dengan suara yang meninggi sedikit. Tidak dipedulikannya orang ramai yang lalu-lalang. Tidak juga dia rasa malu. Scenario seperti itu memang sudah biasa kelihatan di sana-sini di kota metropolitan ini.

Joe diam. Nafasnya turun naik. Dia sungguh sekali tidak menduga Liyana akan bertindak dengannya senekad begini. Dia masih perlukan wanita itu. Harta ibu bapa Liyana yang melampuh itu kalau boleh mahu dikikisnya habis-habisan. Dan Liyana akan dijadikan perantaraan untuk mencapai hajatnya.

Tanpa disangka-sangka, Joe tiba-tiba merentap tangan Liyana kasar.

“Kau tak boleh lari dari aku, Yana. Tak boleh. Kita tak boleh habis macam ni aje,” bentak Joe kasar.

“Apa ni, Joe? Lepaskan aku, lepaskan aku atau aku...” Liyana meronta-ronta apabila Joe menekup mulutnya pula.

“Kenapa, kau nak jerit? Jeritlah!” herdik Joe lalu melepaskan tekupan pada mulut Liyana.

“Lepaskan aku! Lepaskan, aku kata! Joe! Lepaslah!” Liyana menjerit-jerit. Tetapi jeritannya langsung tidak mendapat perhatian orang ramai. Joe tersenyum puas. Kau tak dapat lari dari aku, Yana!

Bas yang ditunggu Liyana tiba akhirnya. Liyana ingin menuju ke arahnya, tetapi tangan Joe lebih pantas mengeheretnya pergi dari stesen bas itu.

Liyana tiba di rumah sewa Joe lima belas minit berikutnya. Berkali-kali dia meronta untuk melepaskan diri, tetapi tangan Joe yang sasa itu seperti menggari segala pergerakannya. Joe yang memandu kereta Waja yang diubahsuai canggih itu hanya menunjukkan wajah bengis sedari tadi. Liyana akhirnya tidak berani melawan lagi. Dia menikus sahaja sepanjang perjalanan.

Bukan sekali dua Liyana menjejakkan kaki ke rumah sewa Joe ini bahkan sudah berkali-kali. Dia maklum benar akan keadaan rumah Joe yang berselerak dan tidak terurus. Lelaki itu memang biasa hidup dalam keadaan yang semak begitu, sesuatu yang sudah jelak pada pandangan Liyana.

Joe mungunci pintu rumah di belakangnya lalu terus menuju ke biliknya. Liyana sudah mula tidak sedap hati.

“Joe, tak payahlah kunci pintu tu. Kau ni suka buat aku kecut perut,” ujar Liyana, matanya meliar ke sekeliling rumah Joe. Jiran-jirannya semua senyap, mungkin sudah lama diulit mimpi malam-malam begini.

Joe hanya mengangkat bahunya selamba. Lebih-lebih lagi Liyana rasa seram. Lelaki itu berperangai agak pelik. Diam sahaja dari tadi.

Liyana terdengar bunyi air mencurah-curah disimbah. Ah, syukurlah, dia sedang mandi, bisik hatinya. Dia mundar-mandir di ruang tamu sederhana besar itu. Kebosanan, dia mencapai remote controller lalu memasang televisyen. Dia hairan, ke mana rakan serumah Joe pergi? Setahu dia, Joe tinggal bersama seorang lagi teman di rumah sewanya. Tetapi malam ini, kelihatan seperti mereka berdua sahaja yang ada.

Di sudut ruang tamu itu, Liyana terpandang beberapa botol arak yang sudah habis diminum bersepah. Dia menggeleng-geleng kepala. Joe masih minum air syaitan itu. Dia menumpukan kembali perhatiannya di kaca televisyen. Bosan. Dia menukar channel. Entah berapa kali begitu. Sedar tidak sedar, dia hamper terlelap akibat keletihan.

Bunyi tapak kaki Joe menyedarkan dia daripada lena yang baru hendak mengulit. Dia terbangun dan menegakkan badannya. Joe yang hanya bertuala menuju ke arahnya. Renungan matanya sukar dimengertikan. Semuanya itu sudah menimbulkan tanggapan yang bukan-bukan dalam minda Liyana. Dia cuba berlagak tenang.

“Eh, Joe. Kau dah habis mandi? Dah lewat malam ni, aku nak balik dulu,” kata Liyana seraya mengangkat punggungnya dari sofa.

“Balik, kau nak balik mana? Rumah kau?” Tanya Joe pula. Suaranya berbaur sinis. Liyana benar-benar takut kali ini. Dia sudah tahu niat sebenar Joe. Joe ketawa pula. Terbahak-bahak. Liyana makin cuak. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari Joe.

Joe semakin menghampiri Liyana. Tangannya mula menjalar ke tubuh Liyana. Gadis itu cuba menepis tetapi usahanya tidak membuahkan hasil. Lengan bajunya pula koyak direntap lelaki berhidung belang itu. “Yana, rumah kau kat sini. Tempat kau kat sini, dengan aku,” bisik Joe perlahan. Tetapi Liyana yang geli-geleman berusaha menolak kuat tubuh lelaki itu.

“Joe! Lepaskan aku! Tak cukup ke apa yang kau dah buat pada aku sebelum ni? Tak cukup ke! Kau memang jahat, Joe. Kau memang tak guna!” caci-maki terbit akhirnya dari mulut Liyana. Dengan kemarahan yang amat sangat, tubuh lelaki itu berjaya direnggangkannya. Tetapi Joe dengan pantas menarik tangannya semula.

“Diam! Sejak bila kau jadi macam ni? Nak jadi alim konon! Macam kau tu baik sangat. Hei, pompuan, sedarlah sikit, kau tu dah takde apa-apa lagi. Kalau kau lari dari aku, lelaki mana nak terima kau? Lelaki mana nak terima perempuan murah macam kau ni?” balas Joe pula.

‘Pangg!’

Dek kemarahan yang amat sangat, satu tamparan kuat dari Liyana singgah di pipi kiri Joe. Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil meraba pipinya yang jelas kemerahan. Liyana mengambil peluang itu untuk melepaskan diri. Dia berlari ke arah pintu, tetapi malangnya ia terkunci. Dalam kegelabahan, dia cuba mencari jalan lain. Dari ekor matanya dia ternampak pintu belakang yang renggang. Sewaktu dia cuba berlari ke belakang, Joe sudah bangun. Dan sewaktu Liyana hampir tiba ke pintu belakang itu, tangannya direntap dari belakang. Liyana meronta-ronta apabila Joe mengejapkan pegangan tangannya.

Kedua-dua tangan terbelenggu, Liyana menggunakan kaki pula. Satu hayunan kakinya singgah tepat ke dada bidang Joe. Joe mengaduh kesakitan lagi tetapi tangannya sempat mencapai satu botol arak yang sudah kosong. Liyana hanya mampu menahan nafas apabila Joe menghampirinya dengan botol kaca itu.

Pangg!

Beberapa saat selepas kepalanya dihentam dengan botol itu, Liyana merasakan satu kesakitan yang tidak terperi. Dia tidak dapat menahannya. Akhirnya, pandangannya kabur lalu segalanya terus menjadi gelap.

Joe tergamam. Melihat dahi Liyana yang berdarah tanpa henti, dia cemas. Jantungnya berdegup kencang seperti hendak meletup. Buat seketika dia bingung dengan tindakannya. Apa aku dah buat ni? Perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati dia menyentuh dahi Liyana yang berdarah itu.

Joe hamper terjerit. Seperti hendak pitam apabila dia tersentuh dahi itu. Ianya berlubang di tengah-tengah. Itulah punca darah yang tidak henti-henti mengalir sejak tadi. Lalu dia merasa nadi gadis itu. Masih ada meskipun degupannya amat perlahan. Joe cepat-cepat membuat keputusan. Dia harus pergi dari sini dengan segera. Bagaimana nanti kalau orang menjumpainya besama Liyana yang tidak sedarkan diri ini? Ah, pasti keadaan akan jadi lebih rumit nanti.

Tiba-tiba pendengaran Joe menangkap bunyi enjin kereta. Tentu kawannya Zarif yang pulang. Aku harus cepat! Teriak hati kecilnya.Dengan pantas dia menyusup melalui pintu belakang. Tetapi semua sudah terlambat. Dia terserempak dengan Zarif yang menuju ke belakang rumah. Mungkin temannya itu sudah mencuba masuk melalui pintu depan tetapi berkunci lalu menuju kea rah pintu belakang pula.

“Eh, Joe, kenapa kau tak bukak pintu depan tadi? Kenapa kau kunci?” Tanya Zarif hairan. Lebih-lebih lagi apabila melihat tingkah Joe yang seakan kelam-kabut bagai mengejar sesuatu.

“Err, tak ada apa-apa. Aku nak keluar kejap.” Jawab Joe terketar-ketar. Sungguh dia tidak menyangka Zarif akan pulang malam ini. Selalunya temannya itu hanya akan pulang apabila jam mencecah angka satu atau dua pagi.

“Oh, nak keluar. Aku balik awal hari ni, boringlah kat club,” kata Zarif. Spontan matanya menangkap sesuatu. “Eh, Joe, kenapa tangan kau berdarah tu?” tanyanya. Di sebalik lampu garaj yang samar, dia masih dapat melihat kesan darah pada tangan Joe.

Joe menggeleng. “ Tak ada apa-apa.” Jawabnya.

“Luka besar macam tu kau kata tak ada apa-apa?”

“Betul, sikit aje, aku terjatuh tadi,” kata Joe pantas. “ Okeylah, aku nak keluar dulu,” sambungnya lalu cepat-cepat menuju kea rah keretanya. Seminit kemudian keretanya terus menyusup pergi.

Zarif mennggeleng-geleng kepalanya melihat perlakuan Joe.

“Kenapa mamat tu? Selalunya cool aje, duduk dalam rumah. Ini tiba-tiba nak keluar pulak, kelam-kabut pulak tu,” omelnya sendirian.

Zarif melangkah masuk melalui pintu belakang. Hidungnya kembang-kempis. Dia terhidu sesuatu yang busuk, hanyir seperti darah. Sedang dia cuba memeriksa punca bau hanyir itu, kakinya terpijak sesuatu. Apabila dia melihat ke bawah, dia terkejut besar. Wajah gadis yang tidak sedarkan diri itu biasa dilihatnya. Meski tidak mengenalinya, tetapi diperhatikan Joe sering membawa gadis itu ke rumah.

Dia teringat sesuatu. Dahi gadis itu berdarah. Tangan Joe pun berdarah. Kebetulankah ini? Tetapi dia sudah tiada masa memikirkan semua itu. Apa yang penting gadis ini perlu diselamatkannya segera. Nadi yang masih ada melegakannya sedikit. Dengan berhati-hati diangkatnya tubuh gadis itu lalu dibaringkan atas tempat duduk belakang keretanya.

Sambil memandu keretanya meredah kegelapan malam, tidak putus-putus Zarif berdoa agar gadis itu selamat sehingga dia tiba di hospital. Siapapun gadis itu, dia tidak kisah. Dia hanya mahu selamatkan gadis malang itu. Dia juga percaya yang gadis itu dianiayai, kemungkinan besar, rakan baiknya Joe!

Liyana perlahan-lahan membuka matanya. Dahinya terasa amat sakit berdenyut-denyut. Dalam kesamaran pandangannya dia terlihat satu wajah dengan raut yang amat bimbang di hadapannya.

“Doktor, tolong selamatkan dia, walau apa cara sekalipun!” suara lelaki yang cemas itu menerjah cuping telinganya.

“Bertenang, encik. Lukanya tidak dalam, Cuma perlu dijahit sahaja,”jelas doktor cuba menenangkan lelaki itu.

Ketika doktor menyuntikkan bius anaestia, matanya terasa amat berat. Akhirnya kelopak mata itu terpejam rapat kembali.

Zarif terangguk-angguk mendengar penjelasan doktor. Menurut doktor luka Liyana akan sembuh dalam masa tiga hingga empat hari, bergantung kepada daya imunisasinya. Zarif lega. Hampir sahaja dia berfikir gadis itu tidak dapat diselamatkan. Melihatkan lukanya waktu dia menyelamatkannya dahulu, Zarif sama sekali tidak menyangka gadis itu akan sembuh tanpa sebarang komplikasi teruk.

“Begini, Encik Zarif. Ada tak encik kenal dengan sesiapa ahli keluarga Cik Liyana?” Tanya doktor.

Zarif menggeleng. “Tak ada, doktor, saya pun tak kenal gadis ini secara rapat. Saya cuma kenal dia sebagai teman wanita kawan baik saya. Itu sahaja.”

“Tak apalah, Encik Zarif. Saya cuma perlu berjumpa ahli keluarganya untuk mengesahkan satu maklumat penting Cik Liyana.”

Zarif tidak bertanya lebih lanjut. Dia cuma terfikir tentang Joe. Sejak semalam, sudah berkali-kali dihubungi rakannya itu tetapi langsung tidak berjawab. Handphonenya ditutup sepanjang masa. Zafir mengeluh. Bagaimana agaknya keadaan rakannya itu?

Tangan Liyana bergerak-gerak. Dia mulai sedar. Kesakitan yang dirasakan di dahinya sudah berkurangan. Lelaki yang tidak dikenalinya sedang tersenyum ke arahnya. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Pada fikirannya, lelaki itu yang membawanya ke sini.

“Awak dah sedar?” Tanya lelaki itu.

Liyana cuba menjawab tetapi tekaknya terasa amat kering. Sehingga hendak meneguk air liurnya sendiri pun terasa perit.
“Haus, saya nak air,” pintanya dengan suara yang lemah. Lelaki itu segera bangun lalu menuangkan air untuknya. Disuakan gelas itu kepada Liyana. Sekali teguk, habis semua air di dalam gelas itu. Lelaki itu ketawa tiba-tiba.

“Kenapa awak ketawa?” soal Liyana tidak senang. Dia sedar keadaan dirinya yang tidak terurus, rambut kusut masai. Agaknya itu yang menggelikan hati pemuda itu.

“Awak minum air sekali teguk dah habis segelas. Macam unta,” jawab pemuda itu sambil menghabiskan tawanya yang bersisa.

Berubah air muka Liyana. Sakit hatinya dengan tutur pemuda itu. Dah haus, aku sebat jelah segelas! Gerutu hatinya.

“Awak marah? Sorry,” kata lelaki itu tak semena-mena. Mukanya serius kembali. Liyana hairan dengan pemuda yang tidak dikenalinya ini. cepat benar tingkah lakunya berubah.

“Taka apa, memang saya ni gelojoh,” seloroh Liyana pula.

“Emm,awak ni siapa? Macam mana awak boleh ada kat sini?” soal Liyana.

“Oh, terlupa pulak saya nak perkenalkan diri. Yalah, dah jumpa gadis secantik awak ni, lupa segala-galanya,” sempat lagi pemuda itu berjenaka membuatkan Liyana tertawa senang, “Saya Zarif. Zarif Irwan. Saya kawan serumah Joe.” Lelaki itu menghulurkan tangannya tetapi dibiarkan Liyana tidak bersambut.

“Zarif, saya Liyana Jasmin. Panggil Liyana je,”kata Liyana. Sedikit sebanyak kelibat Joe dilupakannya. Hatinya terhibur dengan gelagat Zarif.

“Zarif, saya tak tau macam mana nak berterima kasih pada awak. Kalau awak tak ada masa tu, saya tak tau apa akan jadi pada saya ni,” kata Liyana perlahan. Dia amat terhutang budi pada pemuda itu.

“Tak payah berterima kasih. Saya pun ikhlas nak tolong awak.”

Liyana tersenyum senang. Zarif tak seperti lelaki lain. Tidak seperti Joe. Meskipun dia teman serumah Joe, perangainya tidak seperti Joe yang terlalu bersosial dan kaki perempuan. Dalam diam dia mula meminati Zarif meskipun perkenalan mereka masih singkat. Entah kenapa dia tidak terperasan akan Zarif sewaktu dia datang melepak di rumah Joe dahulu.

“Liyana, awak tidurlah dulu. Rehat banyak-banyak. Kata doktor awak dah boleh keluar dalam masa tiga empat hari lagi,” pinta Zarif lembut. Dia kemudiannya bangun lalu keluar dari bilik itu. Liyana menemani pemergian lelaki itu dengan ekor matanya hingga hilang dari pandangan.

.