Monday, December 1, 2008

BAB 14

Ariana menoleh ke kanan. Ke kiri pula. Masih ternampak benda yang sama. Tak….tak mungkin, dia gadis dalam mimpiku. Dicubit lengannya lembut. Terasa sakit. ‘Sah! Aku tak bermimpi! Memang benar gadis itu wujud, tapi siapa dia sebenarnya?’ Ariana tertanya-tanya di dalam hatinya.

Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu. Bulu romanya sudah meremang, tengkuknya sudah kedinginan walaupun dalam cuaca yang agak panas hari itu.

Gadis yang menyerupainya itu hanya memandangnya kosong. Ariana cuba membuka mulut, namun lelangitnya terasa kering.

“Tak perlu tertanya-tanya tentang siapa aku yang sebenarnya. Anggaplah sahaja aku makhluk yang diutuskan Allah,” terang gadis itu jujur. Ariana terpempan. Dia meneguk air liur sendiri. Kenapa? ‘kembar’nya ini seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya.

“Tapi siapa kau sebenarnya? Nama kau pun aku tak tau. Lagi satu, kau ni manusia…atau…”Ariana terhenti. Tidak sanggup meneruskan katanya. Adakah dia hantu? Atau roh sesiapa? Ariana segera menyangkal sangkaan-sangkaan mengarut itu dari kepalanya.

“Nur Tahirah..panggil aku Nur aje. Tentang aku manusia atau tidak, itu urusannya. Lagipun, manusia atau jin, sama sahaja. Yang membezakan kita di sisi-Nya hanyalah ketaqwaan dan amalan.”

Pucat lesi muka Ariana. Jadi gadis di depannya ini jin, atau sepupu-sepapatnya? Dan apakah pula tujuan dia menonjolkan diri di hadapanku? ‘Relaks, Ari, relaks. Dia mungkin cuma mahu membantu kau. Dia tak pernah apa-apakan kau, jadi kenapa mesti gentar? Kenapa mesti takut?’ pujuk hatinya. Kali ini hampir satu badannya sudah basah kerana berpeluh. Namun sedaya-upaya ketakutannya cuba diatasi. Dia menarik nafas panjang sambil terus menunggu respons seterusnya dari ‘makhluk’ di depannya itu.

“Ariana, apa-apapun yang terjadi, pintalah bantuan dari Allah. Jangan bergantung kepada makhluk selagi kau belum merujuk masalahmu dengan Allah. Aku dihantar hanyalah untuk memberimu nasihat dan menunjukkan jalan yang sepatutnya kau lalui. Tetapi keputusan terletak di tangan kau. Aku.. hanya cuba membantu. Kerana kadang-kadang jika kita berada dalam emosi yang tidak stabil seperti sedih, marah, kita akan membuat keputusan yang tidak tepat tanpa memikirkan keputusan itu masak-masak dahulu,” sambung gadis itu, suaranya lembut, selembut kali pertama Ariana bermimipikannya dahulu.

“Err..Nur,aku ada soalan…”kata-kata Ariana terhenti. Nur Tahirah sudah lesap. Ah!dia hilang lagi. Yang ada hanyalah persoalan yang belum terjawab tadi.

Pintu bilik Ariana berkeriut. Daun pintu dibuka dari luar. Mama tiba-tiba masuk. Wajahnya kelihatan hairan. Tadi didengarnya seperti suara Ariana berbual-bual dengan seseorang.

“Ari, tadi mama dengar suara seseorang di sini. Ari berbual dengan siapa?” soal mama hairan. Tak mungkin Liyana. Anak gadisnya itu sudah keluar awal pagi tadi bersama teman-tamannya. Mak Mah? Tak mungkin Mak Mah, sudah tentu dia kenal suara orang gaji itu yang sudah bertahun-tahun bekerja di rumahnya. Suara Mak Mah serak-serak basah sedangkan suara gadis yang didengarinya tadi sungguh lembut.

Ariana terdiam. Takkanlah mamanya tak nampak gadis itu? Dia kemudian menepuk dahi. Bukankah gadis misteri itu sudah pergi sebelum mamanya masuk? Alamak, apa aku nak jawab ni?’ Ariana menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Err, tadi Ari berbual dengan Nita dalam telefon. Mama tahukan, si Nita tu kalau bercakap dalam telefon pun, suaranya mengalahkan mikrofon,” jawab Ariana dengan nada sedikit berseloroh. Dia benar-benar berharap jawapan itu memuaskan hati mamanya. Kali ini dia terpaksa berbohong sunat lagi. Ari mintak maaf, ma! Kalau Ari cakap hal yang sebenarnya, pasti mama akan anggap Ari gila.’ Tuturnya di dalam hati.

Mama mengangguk-angguk kepalanya. Respons yang membuat Ariana menarik nafas lega. Mama kemudiannya berlalu.

“Huh! Masalah..masalah..” keluh Ariana seorang diri.

Telefon bimbitnya di atas meja sisi katil berbunyi memainkan lagu Janjiku. Ariana mencapai telefon itu sambil menjawabnya malas. 'Hai, dahlah aku buntu sekarang ni, siapa pulak yang call.’rungutnya lagi.

“Assalamualaikum, siapa ni?” tanya Ariana.

Sebentar kemudian wajahnya bertukar pucat.

“Astagfirullah! Macam mana boleh jadi macam ni? Okey, kejap lagi Ari datang….ya, Ari janji, Assalamualaikum..” Ariana mematikan talian. Baju kurung disarung terus ke badannya tanpa menukar T-shirt yang dipakainya. Tudung disarungnya sepantas mungkin dan hanya dipin dua. Setelah memasukkan handphone dan dompet ke dalam beg tangan, dia bergegas turun ke bawah.

“Ma, Ari nak pakai kereta mama kejap. Nak keluar,” pinta Ariana ringkas. Dia berharap mama membenarkan. Dia tahu, mama keberatan kerana lesennya baru sahaja diperolehi. Selalunya, jika hendak kemana-mana, mama yang akan menemaninya, jadi supervisor.

“Nak pinjam kereta? Ari nak ke mana? Biar mama hantarkan,” pelawa mama pula. Ariana bingung. Pokoknya, mama tidak harus mengetahui hal ini, itu pesan kak Liyana dalam telefon tadi.

“Ada hal penting. Nak ke hospital kejap. Kawan sakit.” Kawan? Ah! Kak Yana boleh kuanggap kawan juga kan?’ Ariana berteka-teki dalam hati.

“Penting sangat ke?”

“Penting, penting sangat ma. Ari janji, Ari bawak kereta mama hati-hati. Mama tak payah risau. You can trust me, I promise” pinta Ariana bersungguh-sungguh.

“Okay, I keep your word. Kunci kereta kat sana,” akhirnya mama beralah. Mulutnya dimuncungkan ke arah meja TV. Pastinya di situ diletakkan kunci kereta. Mama masih keberatan namun membenarkan jua. Lagipun sampai bila dia harus menemani Ariana. Pastinya gadis itu tidakkan maju sampai bila-bila dalam kemahiran memandunya.

Ariana melonjak girang. Persis anak kecil apabila diberi mainan, begitulah jua lagak Ariana.

“Thank you, mama. You’re the greatest mum in the world,” Ariana memeluk mamanya erat.

“Dahlah tu, Ari.Tak payahlah nak puji mama lebih-lebih. Pergilah cepat, nanti terlambat pulak Ari untuk urusan penting tu,” ujar mama sambil mencebik. Nama je pelajar lepasan SPM, tapi perangai macam budak-budak!

Ariana mencium tangan mama sebelum mengucap salam. Dia bergegas ke meja TV tempat kunci kereta mama diletakkan. Kemudian berlari-lari anak keluar mendapatkan Honda Prelude mamanya.


Ariana berlari sepantas mungkin dari lot parker kereta ke perkarangan Hospital Ampuan Rahimah. Dia ingin segera mendapatkan kakaknya. Berita yang mengejutkan tadi perlu disahkan secepat mungkin. Tidak, Ya Allah, jangan benarkan perkara itu berlaku pada kakakku! Doanya sambil mempercepatkan langkahan kaki.



Ariana mempercepatkan langkahnya. Tiba di ruang menunggu, matanya meliar mencari kelibat kakaknya. Namun hampa. Batang hidung kakaknya pun tak kelihatan. Dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada jururawat bertugas di kaunter pertanyaan. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, bahunya ditepuk. Dia menoleh. Kakak?

Ariana ingin membuka mulut bertanyakan hal kakaknya. Tadi di dalam telefon, kakanya ada memaklumkan sesuatu kepadanya. Betulkah Kak Yana mengandung? Ariana tidak Nampak sebarang perubahan fizikal pada kakaknya melainkan wajahnya yang sedikit pucat. Itu sahaja.

“Err, Ari, aku taknak kau beritahu sesiapa tentang hal ni. Lebih-lebih lagi mama. “

“Habis tu kenapa kakak beritahu Ari?” betulkah kakak disahkan mengandung?”

Liyana mengangguk. Kemudian menyerahkan slip pengesahan dari doktor yang membuktikannya mengandung. Ariana menatapnya dengan rasa tidak percaya. Sekejap memandang kakaknya dan sekejap memandang semula slip tersebut.

“Kakak, macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang bertanggungjawab?” suara Ariana tenggelam timbul dengan suara manusia-manusia lain yang bersesak di dalam ruang menunggu itu.

“Itu Ari tak perlu tahu. Lagipun kalau dia tak bertanggungjawab pun, aku sendiri yang akan selesaikan masalah ni.” Lancang bicara Liyana seolah-olah sedikit pun tidak gentar dengan kemungkinan yang bakal berlaku akibat perbuatannya sendiri.

“Maksud kakak, kakak... kakak nak jaga bayi tu?” Ariana sedikit riang. Dia berharap benar kemungkinan yang terlintas di fikirannya itu benar-benar sama dengan perancangan kakaknya. Mereka kini berjalan beriringan keluar dari hospital.

Liyana ketawa panjang mendengar cadangan Ariana.

“What? Take care of this baby? Oh no! I’m going to abort it!”

Tergamam Ariana. Kelu lidahnya seketika.

.

No comments: