Monday, December 1, 2008

BAB 3

Liyana terkocoh-kocoh keluar menopang basikal Lerunnnya. Dalam kegelabahan dia merungut dalam hati, ‘Ish, dah lambat ni, habislah pengawas tua tu mengamuk nanti.’ Tiba-tiba kakinya terlanggar salah satu basikal dalam garaj basikal tersebut. Apalagi, habislah sederet basikal-basikal yang lain terjatuh sama.

“Damn it!” sumpahnya lagi. Memandangkan masa sudah lambat, dia memutuskan untuk berlalu sahaja meninggalkan basikal-basikal tersebut. Namun, baru saahaja dia hendak melangkah, satu suara yang amat dikenalinya menegurnya.

“Nur Liyana dikenakan mata demerit kerana melakukan dua kesalahan. Pertama, datang lewat melebihi tujuh setengah pagi, demerit 10 mata, kedua menjatuhkan basikal orang lain tanpa mengangkatnya kembali, demerit 5 mata.” Suara Ariana berkumandang. Liyana memandang adiknya yang lengkap berpakaian biru sambil memegang buku nota kecil dengan rasa meluat.

“Hei, perempuan! Kau ingat kau pengawas, kau boleh berkuasalah! Dengar sini! Lepas ni, aku nak datng lewat ke, apa ke, kau pedulik apa! Dan jangan sekali-kali kau report kat cikgu apa-apa kesalahan aku, kalau tak jaga kau!” hambur Liyana berang.

Ariana tidak melenting dengan jerkahan Liyana malahan mempamerkan wajah selamba. Tidak sedikit pun dia kecut dengan Liyana. Bagaimanapun, dia tetap ingin memberi Liyana peluang.

“Ari bagi kakak peluang, angkat balik basikal-basikal tu, dan Ari takkan bagi demerit untuk kesalahan kedua kakak tu. Sekarang dah lewat, tapi kalau kakak nak terima tawaran Ari ni, Ari akan jelaskan pada cikgu.”terang Ariana panjang lebar. Dia berharap kakaknya akan menerima peluang yang diberikan itu.

“Jangan harap aku nak ikut cakap kau. Lagipun, kau siapa nak arah-arah aku?” pintas Liyana.

“Ari dah bagi peluang, kalau kakak still berdegil, terpulang, I’m just doing my job.” balas Ariana hambar sambil mula mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Liyana sudah dapat mengagak apa yang ditulis adiknya menghentakkan kakinya tanda protes sebelum berlalu meninggalkan Ariana.




SPM sudah seminggu berlalu. Ariana sudah mula terasa bosan duduk memerap di rumah. Pernah diajak Hasnita tetapi gadis itu sudah ada agenda yang tersendiri, pergi makan angina di Australia!

Ariana terasa ingin sahaja terbang dari biliknya ini ke Australia. Dapatlah bercuti bersama-sama Hasnita, di mindanya sudah terbayang keseronokan berada di sana, Gold Coast, Opera House, Cape Town…ah seronoknya!

“Ari,” Ariana terasa bahunya ditepuk lembut. Dia menoleh. Puan Lily sedang berdiri di belakangnya sambil menatang segelas air soda berkarbonat. ‘Sedapnya!’ Ariana sudah terliur melihatkan air kegemarannya itu ada di depan mata namun tidak pula disuarakan kehendaknya pada Puan Lily. Malu!

“Kalau dah teringin, cakap ajelah Ari.” Sapa Puan Lily lembut. Ariana hanya menyeringai.

“Tak payahlah makcik, susah aje. Lagipun malam-malam ni, tak terasa haus pun tekak,” balas Ariana lembut walaupun hatinya dah kemopunan nak minum air soda.

“Ari, tak payahlah nak bermakcik-makcik. Panggil aje mama, macam kakak kamu panggil. Makcik-makcik ni, rasa macam dah tua pulak,” kata Puan Lily segan-segan.

“Ish, mana ada tua, makcik, errr..mama ni kan masih cun, awet muda lagi tu. Kulit muka mama, masih tegang dan menganjal lagi. Apa rahsia? Fair and Lovely ke?” Ariana giat mengusik ‘mama barunya itu. Terasa mencurah-curah kasih sayang wanita itu kepadanya.

“Kamu ni Ari, pandai betul mengampu mama ye, jauh benar perangai kamu dengan si Liyana tu,” ujar Puan Lily bersama satu keluhan berat. Wajahnya yang sedari tadi ceria sudah mulai keruh. Ariana hanya diam seribu bahasa menantikan luahan Puan Lily seterusnya.

Air soda yang diletakkan di atas meja tadi diteguknya sedikit. Perbuatannya itu tidak mendatangkan respons pada Puan Lily. Wanita itu bagaimanapun menarik nafas panjang sebelum menyambung bicaranya yang terhenti tadi.

“Kakak kamu tu terlebih manja. Dulu, waktu mama dan papa sama-samam bekerja, kami seakan-akakn mengabaikan dia. Sekarang, inilah akibatnya. Mama tak patut biarkan dia terpengaruh dengan kawan-kawan dia tu. Kadang-kadang mama terfikir, betul ke kamu berdua ni adik-beradik. Perangai beza macam langit dengan bumi.”

“Apa yang kakak dah buat, mama.?” Soal Ariana ingin tahu.

Puan Lily menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak sangggup untuk membuka pekung di dada. “Mama, beritahulah Ari, lagipun apa nak ditakutkan, Ari pun ahli keluarga ni jugak. Mama tak boleh pendam masalah tu sorang-sorang.” Pujuk Ariana lembut.

Puan Lily akhirnya megeluh kecil. Matanya tiba-tiba digenangi air hangat. Segera dia menyekanya, bimbang dilihat oleh Ariana.

“Kakak kamu, dia dah hancur, Ari. Dia dah tak suci lagi.”airmata Puan Lily mengalir semakin lebat. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Dibiarkan mutiara jernih itu mengalir di pipinya.

“Astaghfirullah, kakak!” Ariana terkesima.

.

No comments: