Monday, December 1, 2008

BAB 11

Kereta yang dipandu Hasnita dipandu laju membelah kegelapan malam. Ariana yang duduk di dalamnya diam merenung langit. Dia sudah dibenarkan pulang hari ini. Doktor Rosnah sudah memberitahu detail penyakitnya.

Petang tadi Puan Lily datng melawatnya. Wanita itu sempat memasakkan lauk kegemarannya, sambal udang dan membawanya ke hospital. Untuk pertama kalinya sewatu berada di hospital, barulah Ariana terasa berselera untuk makan.

Baru setengah jam berlalu, mamanya sudah meminta diri. Katanya ada meeting penting malam nanti. Lalu Hasnita yang menawarkan diri untuk membawanya pulang ke rumah. Mama membenarkan dan berpesan kepada Hasnita agar memandu berhati-hati, tambahan pula gadis itu baru sahaja memeperolehi lesen memandunya.

“Awak menghidap leukemia mielogenus akut (AML). Ia lebih biasa berlaku pada orang dewasa daripada kanak-kanak, seperti awak. Penghasilan pesat sel darah muda ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.”

Ariana meneguk air liurnya. Dia tidak bersedia menghadapi kematian. Masih banyak yang ingin dicapainya. Masa depannya masih teralu panjang. Tidak!

“Ari,” tegur Hasnita lembut. Lamunan Ariana mati. Dia menoleh ke arah Hasnita yang tenang memandu.

“So, kau memang dah berkawan dengan Am sejak kecil lah ye? Oh, diam-diam je kau ni. Apasal tak story kat aku dari dulu?” tanya Hasnita galak. Sejak mendengar cerita Ariana tadi, macam-macam persoalan dikepalanya terjawab dengan sendirinya. Patutlah Adham agak curiga dengannya sewaktu dia di Australia dulu. Sewaktu dia memperihalkan fasal Ariana kepada Adham. Pelbagai soalan terbit dari Adham. Kegemaran gadis itu, rupa gadis itu, malahan suara gadis itu pun disoalnya.

“Dahla, Nita, tu cerita lama, kau pun dah malas nak fikir lagi,” secara keseluruhan fikiran Ariana tidaklah bertumpu kepada topik yang dibincangkan Hasnita, tetapi lebih kepada penerangan doktor Rosnah tentang penyakitnya.

“Ari,” ujar Hasnita.

“Ari, kau dengar tak?” ulang Hasnita. Dilihatnya Ariana masih termenung.

“Kau fikirkan apa?”

“Penyakit aku.”

“Kenapa dengan penyakit kau?”

Ariana terhenti sejenak. “Kau tak faham macam mana rasanya, Nita. Aku ni dah tak lama boleh hidup kat dunia ni. Aku ni..tunggu mati je Nita,” sambung Ariana sayu namun tiada tanda-tanda dia akan mengeluarkan air mata.

“Ari, tak baik kau cakap macsam tu. Selagi kau masih hidup, kita sama-sama berusaha untuk selamatkan kau.”

“Selamatkan apa, Nita? Leukimia aku dah tahap akut. Dah kronik, kau tau tak?” kali ini nada suara Ariana sedikit tinggi.

Hasnita terdiam. Memang apa yang dikatakan temannya itu benar belaka. Tapi kawan mana yang sanggup membiarkan sahabatnya menghitung hari, menunggu mati?

“Dahlah, Ari. Aku kan ada. Aku tahu kau kuat. Kau boleh hadapi semua ni. Mana Ariana yang dulu, yang sentiasa ceria, bersemangat dan tabah?”

Satu keluhan kecil dilepaskan. Lembut sahaja keluhan itu kedengaran di telinga Hasnita.

“Entahlah. Dalam keadaan terdesak macam ni, aku tak tau mana hilangnya semangat aku. Aku takut, Nita…aku takut..”

Hasnita menggenggam erat tangan Ariana dengan sebelah tangannya yang tidak mencengkam stereng. Seperti meresapkan kembali semangat yang hilang ke dalam jiwa temannya itu.

Sebentar kemudian mereka sudah tiba di banglo mewah dua tingkat Encik Syah dan Puan Lily. Ariana melangkah keluar dari Kancil yang dipandu Hasnita.

“Kalau ada apa-apa kau call aku je, okey?”

“Even time kau tengah tidur atau tengah mandi?” balas Ariana dalam nada bergurau.

Hasnita ketawa. “Isyy, takdelah sampai macam tu, kau ni..lain dari dua waktu tu, kau bebas telefon aku….”

“Tapi mana aku nak tau bila masa kau mandi, tidur?”

“Takdelah, kau call je aku bila-bila masa. I was just joking just now. Assalamualaikum,” kata Hasnita sebelum menghidupkan enjin keretanya kembali.

“Waalaikumussalam.” Jawab Ariana. Kereta Hasnita terus disoroti hingga ia hilang dari pandangan.

Ariana melangkah masuk. Tiba di porch, dia ternampak sebuah motor jenis berkuasa tinggi terparkir di situ. Dia hairan. Milik siapa motor itu? Mama dam papa masih belum pulang dari pejabat. Kak Yana? Spontan dia teringatkan kakaknya. Dia seperti dapat meramal apa yang bakal berlaku.

Anak kaki Ariana pantas berlari memasuki rumah. Di rak kasut dia ternampak kasut lelaki sekilas. Bukan milik papa, yang pasti. Dia mempercepatkan langkahnya mendaki anak tangga.

Pintu bilik Kak Yana tidak bertutup rapat tetapi ada sedikit renggangan. Pintu bilik dibuka luas. Ariana terkejut besar. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kak Yana dengan seorang lelaki berumur yang tidak dikenalinya berduaan di atas katil. Ariana beristighfar panjang.

“Kak Yana!” jerit Ariana.

Liyana turut mempamerkan reaksi terkejut. Sangkanya, tiada sesiapa yang akan pulang awal malam ini.

“Err, Ari…Ari buat apa kat sini?” Liyana tahu soalan itu tidak relevan langsung dengan situasi sekarang. Tetapi baginya cukup untuk meredakan keadaan yang ‘panas’.

Ariana tidak menjawab. Dadanya berombak menahan marah. Dia tahu kakaknya cuba mengelak untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Lelaki tadi tiba-tiba sahaja mencapai tuala dan bangkit dari katil. Bajunya yang bertaburan di atas lantai dikutip.

“Joe, you nak pergi mana tu?” tanya Liyana apabila dilihat lelaki itu tergesa-gesa menyarung pakaiannya dan mencapai helmet di atas meja solek.

“Balik,” jawabnya ringkas. Dia terus keluar dari bilik itu. Ariana yang masih tercongok di hadapan pintu bilik dirempuhnya sahaja. Apalagi, menyumpah-nyumpah gadis itu di dalam hati. ‘Dahla tidur dengan kakak aku, dengan aku pun nak kurang ajar. Tak guna punya jantan. Dasar lelaki kerepot, tua!’

Liyana turut bingkas dari katil. Dengan menyarung sehelai gaun tidur yang nipis, dia berlari ke bawah menyusuli Joe.

“Joe! Tunggu!” sesampainya Liyana di tingkat bawah, bunyi deruman motor Joe menandakan lelaki itu telah pergi. Liyana terduduk di atas sofa.

Ariana tiba-tiba sahaja datang menghampirinya.

“Kak, Ari tahu apa dah jadi antara kak dengan si kerepot tu,” dahi Liyana berkerut sewaktu Ariana menggelar teman lelakinya Joe kerepot namun didiamkannya sahaja. “Dan Ari jugak nak tahu, kenapa kakak sampai boleh menyimpang sebegini jauh.”

Liyana mengangkat bahunya selamba.

“Itu urusan aku. Kau tak perlu tahu. Tak payah nak berlagak alim kat sini. Kat KL ni, semua perempuan pun sama je.Semua dah menyimpang. Ini hidup kitorang. Aku pun dah biasa dengan semua ni. Ah, tak perlu kau tahu banyak-banyak. Apa yang kau perlu tahu, duit aku dah banyak sekarang ni.”

Ariana terasa seperti tidak percaya dengan kenyataan kakaknya itu. Liyana mengira helaian not biru sambil ketawa puas.

“Ingat! Jangan kau cuba beritahu hal ini pada sesiapa, termasuk mama, atau nahas kau!” Liyana sempat memberi amaran sebelum melangkah ke biliknya.

Dan sewaktu Ariana hendak mengagkat kaki, matanya terfokus pada sesuaru yang menjadi punca bau busuk tadi. Beberapa botol arak bergelimpangan di sudut ruang tamu. Dia beristighfar panjang lagi. Kakak!

.

No comments: