Monday, December 1, 2008

BAB 15

Ariana menggeleng-geleng kepalanya pantas. Tidak! Aku takkan benarkan kakak buat macam tu! detik hatinya pantas.

“Kakak, kakak tak boleh buat macam ni. Baby tu tak bersalah,kak. Cukuplah apa yang kak dah buat sebelum ni,” kata Ariana tertahan-tahan. Otaknya ligat memainkan peranan. Macam mana ni?

“Ari...Ari...kau ni sama je macam dulu. Asyik nak ambil tahu hal orang lain je. Ni kandungan aku, so it’s up to me to do anything to it,” Liyana lancer menutur kata. Ariana tercengang kehilangan kata.

Dalam diam Ariana merancang sesuatu untuk menyelamatkan bayi itu. Baginya, walau apa cara sekalipun, dia harus menyelamatkan bayi itu. Tidakkah ada walau secebis kasihan pun pada kakaknya untuk kandungannya sendiri?

“Kak, macam nilah. Walau apapun, you can’t just simply abort it. Ari tau kakak dah pernah gugurkan kandungan beberapa kali sebelum ni kan? And I’m certain, the doctor won’t agree if you want to do it anymore. It’s too risky.”

"Lagipun," sambung Ariana kemudian perlahan sambil matanya mencerlung tepat ke arak kakaknya, "kenapa kakak nak beritahu Ari hal ni walaupun kakak tau apa yang Ari akan cakap takkan mengubah keputusan kakak? Apa gunanya kak?"

Wajah Liyana ketara berubah. Liyana sudah mula tidak senang. Macam mana dia boleh tahu semua itu? Arggh! Hancur rancangan aku! Liyana tahu peluang untuk dia selamat jika dia tetap dengan keputusannya menggugurkan bayi itu amat tipis, tapi dia sudah tidak ada peluang lain. Nak harapkan Joe? Ah, lelaki itu mana tahu nak bertanggungjwab. Nak harapkan aku sendiri jaga baby ni? Ah, tak mungkin aku nak rosakkan usia muda aku dengan baby ni. Fikiran Liyana bertambah serabut. Dia melihat Ariana di sebelahnya yang turut diam seperti sedang memikirkan sesuatu. Dan tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Satu idea muncul di benaknya.

Ariana juga tiba-tiba tersentak.

Satu idea tiba-tiba meluncur ke dalam benaknya.

Betulkah apa yang aku nak buat ni? Dalam keadaan bingung, mata Ariana tiba-tiba tertancap pada seseorang. 'Kembarku!' hatinya menjerit. Akan tetapi gadis kembarnya itu diam tanpa berkata walau sepatah. Hanya kepalanya diangguk-angguk seolah-olah bersetuju dengan rancangan yang ada dalam kepala Ariana.

Liyana baru sahaja hendak membuka mulut apabila Ariana lebih pantas menghalang kehendaknya.

"Kakak tak payah gugurkan bayi tu sebab... nanti dia lahir, Ari yang akan jaga bayi tu," kata Ariana tegas.

Liyana menjerit kegirangan dalam hati. Nampaknya apa yang ada dalam kepalanya tadi betul-betul ada dalam kepala Ariana juga. Selesai masalah aku!

Liyana ingin mengucapkan terima tetapi Ariana terlebih dahulu membuka langkah meninggalkannya.



Ariana masih sibuk menaip di komputernya. Dokumen yang diminta Encik Ramli, majikan barunya masih belum sempat disiapkan. Baru seminggu yang lalu dia diterima bekerja sebagai kerani rendah di syarikat kecil majikannya yang baru hendak bertapak itu. Meskipun gaji yang ditawarkan agak sedikit, dia tetap bersyukur. Keadaan penyakitnya yang agak kronik membuatkannya terpaksa membatalkan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.

Sebuah nafas berat dilepaskan. Dia meraup mukanya perlahan-lahan. Teringat lagi perjanjiannya dengan kakaknya. Sekali lagi difikirkan memang tidak masuk akal langsung. Akan tetapi perasaan belas kasihan yang menguasai dirinya membuatkannya mengambil keputusan itu tanpa berfikir panjang.

Melewati jam lima petang, Ariana sudah mula mengemas barang-barangnya. Dokumen yang sudah ditaipnya tadi dijinjitnya di tangan kanan sambil di bahu kirinya disangkut beg tangan.

Akan tetapi melewati bilik majikannya itu, pintu bilik sedikit renggang. Dia mengintai sedikit kedalam. Tidak pula ternampak kelibat Encik Ramli. Sambil matanya melilau mencari kelibat bosnya, dia disergah dari belakang.

Encik Ramli! Dan disebelahnya tercegat seorang pemuda yang tidak asing lagi pada pandangan Ariana.

“Ariana, apa yang awak terintai-intai dalam bilik saya tu?”soal Encik Ramli.

“Err, saya cari bos tadi. Nak hantar dokumen yang bos suruh saya taip tadi,” jawab Ariana tergagap-gagap sambil menghulurkan beberapa helai kertas yang siap bertaip. Matanya sedaya upaya cuba dilarikan dari lelaki yang tercegat di sebelah bosnya itu. Tak mungkin! Apa dia buat kat sini? Dia seperti ingin bertanyakan semua soalan itu namun suaranya tidak terkeluar. Ditambah pula ketakutan akibat disergah dari belakang tadi masih belum hilang sepenuhnya.

“Err, kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Lagipun dah lewat petang ni,” kata Ariana pantas.

Encik Ramli hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihatkan tingkah anak buahnya yang seorang itu. Gelabah semacam!

“Lewat apanya, Cik Ariana. Baru lima minit habis waktu bekerja. Hmm, anyway, awak tak nak berkenalan ke dengan jejaka macho sebelah saya ni?” ujar Encik Ramli sambil ketawa kecil. Memang sejak hari pertama Ariana bekerja, dia sudah maklum akan keramahan majikannya itu. Sentiasa tersenyum dan bermanis muka walau dengan pekerja bawahannya sekalipun. Itu yang membuatkan Ariana senang bekerja dibawahnya walaupun pendapatan tidaklah sebesar mana.

“Boleh jugak, siapa dia ni bos? Client baru ke?” Tanya Ariana kembali. Sahaja mahu mengambil hati bosnya walaupun hakikatnya lelaki itu sudah lama dikenalinya.

“Wah, tanya macam berminat aje,” usik Encik Ramli lagi sebelum menyambung, “perkenalkan Encik Ibrahim Adham, CEO TKZ Holdings yang mahu bekerjasama dengan syarikat kita. Nampaknya kenduri besarlah kita ye Cik Ariana!” ujarnya lagi berseloroh. Ariana hanya tersenyum kecil. Huluran tangan Adham tidak disambutnya.

Selepas beberapa minit terperangkap dalam keadaan yang sungguh tidak selesa itu, akhirnya Ariana berjaya meloloskan diri. Cepat-cepat dia menuju ke arah tempat parkir kereta staf.

Di saat kunci keretanya hendak dibuka, sebuah kereta meluncur laju dari arah bertentangan. Ariana tergamam. Dia langsung tidak sempat hendak mengelak apabila sepasang tangan kasar menariknya pantas ke tepi. Dia terjatuh di bahu jalan. Kereta tadi sudah meluncur pergi. Dia menggosok-gosok pinggangnya yang terasa sengal. Dia terasa badannya dipaut seseorang.

“Ari tak apa-apa?” suara yang cemas itu kedengaran sungguh lembut di telinga Ariana. Dia terasa selesa apabila bahunya dipaut begitu, namun akalnya cepat melarangnya dari berperasaan sedemikian. Spontan cengkaman erat di bahunya diturunkan agak kasar.

“Am? Ari dah okey. Terima kasih,” ujarnya sambil terus menggosok punggung bajunya yang sedikit kotor lalu meninggalkan lelaki itu.

Mendapatkan keretanya, Ariana segera menghidupkan enjinnya. Sekali lagi Adham mendapatkannya. Wajahnya kelihatan sedikit kecewa.

“Ari...Am minta maaf, Am tak sengaja, Am Cuma mahu selamatkan Ari..,”

“Cukup Am! Ari taknak dengar apa-apa lagi.” Dengan ucapan itu Ariana terus memecut keretanya. Meninggalkan Adham keseorangan yang kecewa.

.

No comments: