Monday, December 1, 2008

BAB 2



Hari-hari berlalu seperti biasa. Semakin hari, Ariana semakin sangsi akan perubahan pada kakaknya. Kadangkala, dia terfikir, betulkah Liyana kakak kandungnya?. Dia masih ingat, dalam wasiat arwah emaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir, emak hanya meninggalkan alamat rumah keluarga angkat kakaknya. Emaknya mendesak supaya mencari kakaknya dan tinggal bersama-sama keluarga angkat kakaknya. Malahan emaknya sudah berpesan kepada pasangan Puan Lily dan Encik Shah untuk menjaganya bersama kakaknya apabila dia sudah tiada lagi.


Apa-apapun, Ariana harus mendekati kakaknya itu. Satu-satu perkara yang jelas di fikirannya tentang kakaknya hanyalah hobinya sewaktu kecil, iaitu, membacakan fairy tales sebelum Ariana tidur.

Namun begitu, Ariana tidak pernah melihat sebarang koleksi buku fairy tales di dalam simpanan kakaknya. Ah, biarkanlah, mungkin kakak dah buang buku-buku tu, getus hatinya.

“Kakak, boleh Ari masuk?” pinta Ariana lembut sambil melangkah ke bilik kakaknya. Liyana sedang duduk di meja studinya menghadap laptopnya. Liyana menoleh sambil mengangguk, namun masih ada riak kurang senang pada wajahnya.

“Kakak.” Panggil Ariana lembut apabila kakaknya masih menghadap laptopnya. Liyana menoleh. Dilihatnya Ariana sedang berdiri sambil memeluk bahunya mesra. Liyana seolah-olahh berasa kurang senang dengan tindakan itu namun dia hanya membiarkannya.

“Kakak okey hari ni? Ari nampak kakak macam penat je. Wanna share with me?”

“Kalau ada pun, it’s none of your business.” balas Liyana dingin.

Ariana menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya kakaknya sudah mahu berbicara dengannya walaupun tak semesra mana.

“Boleh Ari tanya satu soalan?”

Liyana tidak mengangguk dan tidak pula mengeleng. Tiada respons.

“Kenapa kakak macam tak senang dengan Ari? Apa salah Ari? Kenapa kakak benci sangat kat Ari?” soal Ariana bertalu-talu. Ah, Ariana, tadi kata satu soalan aje!

“Aku kata jangan tanya solan tu pada aku! Aku tak nak dengar lagi! Faham tak?!”tiba-tiba suara Liyana meninggi. Tangan Ariana yang tersangkut di bahunya ditolak kasar.

Ariana tersentak dengan intonasi meninggi kakaknya. Dia mula menyusun kata untuk meminta maaf.

“Kak, Ari mintak maaf, Ari janji….” belum sempat katanya dihabiskan, Liyana memotong.

“Diam!!!” pekik Liyana lantang sambil menumbuk mejanya. Dia betul-betul marah. Kali ini Ariana tidak berani untuk bergerak walau seinci pun apatah lagi bersuara.

Pen di atas meja tulis Liyana terjatuh akibat hentakan tadi. Liyana tunduk untuk memungut pen tersebut. Sewaktu dia tunduk, Ariana terperasan sesuatu yang bersinar pada leher Liyana.

Spontan dadanya berdebar-debar sebaik terpandang benda bersinar tersebut. Kalung bertatah mutiara! Bukan keindahannya yang menyentakkan Ariana, tetapi..dia turut sama mempunyai kalung yang sebiji macam kalung Liyana itu.

Liyana sudah berdiri sekarang.

“Apa yang kau pandang tu?!” bentaknya apabila melihat mata Ariana yang terpaku padanya. Ariana tidak mengendahkan soalan Liyana. Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Kalung tu dia dapat dari mana?

“Kak, kalung yang kakak pakai tu, kakak dapat dari mana?” soal Ariana namun matamya masih tertancap pada leher Liyana.

“Apa kau sibuk? Kalung ni, boyfriend aku yang bagi.” balas Liyana acuh tak acuh.

“Boyfriend? Kenapa pulak dia bagi?”

“Birthday present.”

“Kat mana dia beli?

“How should I know? Eh, kau ni apasal banyak sangat tanya? Keluar sekarang!” bentak Liyana marah.

Ariana tidak mengendahkan bentakan kakaknya. Persoalan di kepalanya harus diselesaikan dahulu.

“ Kalung tu……” Ariana tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila kakaknya membentak lagi.

“Keluarrrr!!!!”

.

No comments: