Monday, December 1, 2008

BAB 12

Huh! Penat betul hari ni! Keluh Ariana panjang. Melepasi pukul 11.00 malam, dia sudah boleh menarik nafas lega. Dari pukul lima petang lagi, dia sudah memulakan shiftnya sebagai cashier di pasaraya Jusco yangn berdekatan. Mulanya, Hasnita membantah keras apabila dia mengutarakan rancangannya itu. Menurut temannya itu, dia masih sakit dan perlu berehat. Ah! Lagi boring kalau duduk rumah je, sementara tunggu tawaran sambung belajar. Sekurang-kurangnya masa lapangnya terisi. Lagipun kerja cashier tu taklah susah sangat. Walaupun pendapatannya sedikit, Ariana tidak ambil kisah tentang itu. Asalkan dia tidak membazir masanya dengan hanya bergoyang kaki di rumah, itu sudah memadai baginya.

“Eh, Ani, aku balik dulu, dah lewat ni,” ujar Ariana kepada Rohani, cashier kaunter sebelah. Memang sejak hari pertama dia bekerja di Jusco, Anilah orang pertama yang dia mula-mula rapat. Gadis yang peramah dan suka bergurau itu menyenangkan hatinya.

“Alah, tak rocklah balik awal-awal ni. Kita lepaklah dulu, hilangkan penat. Dekat pukul 12, kita baliklah,” ujar Rohani dalam nada yang tidak serius.

“Lagipun,” tambahnya lagi, “Kau bukan ada laki pun kat rumah tu, apa nak dikejarkan. Ke, rindu mak?”

“Isyyh, kau ni Ani, memandai je. Aku sebenarnya memang nak balik cepat ni, letih.” Balas Ariana. Dia ingin segera berlalu, takut-takut ‘diserang’ soalan-soalan cepumas Rohani.

“Okeylah kalau macam tu. Kau baliklah dulu. Aku nak lepak dengan Azie jap,” kata Rohani acuh tak acuh. Jarinya dihalakan kearah seorang gadis yang sedang berborak dengan seorang lelaki, mungkin boyfriendnya, kerana mereka kelihatan agak mesra.

Beg tangan dicapai, lantas Ariana berjalan keluar dari gedung membeli-belah yang besar itu. Dia pulang menaiki bas malam ini, seperti malam-malam sebelumnya. Untuk menuju ke stesen menunggu bas, dia perlu menyeberangi tempat parkir kereta. Ariana berjalan berhati-hati kerana keadaan yang agak gelap.

Entah kenapa sewaktu melintasi pondok pengawal, hati Ariana berdetik kurang senang. Dijenguknya ke dalam pondok pengawal itu. Pak Man, pengawal bertugas masih di situ tetapi lelaki separuh umur itu kelihatan seperti sudah terlelap. Matanya terpejam rapat.

Dia berdebar-debar tiba-tiba. Terasa seperti seseorang sedang mengekorinya. Namun dalam keadaan gelap sebegitu, matanya sukar mengecam sesiapa.

Aku mesti siasat siapa orang itu, detik hati Ariana. Hatinya cuak. Debaran dadanya sudah tidak mampu dikawal. Malah, setiap degupan jantungnya dirasakan begitu kuat sehingga dia dapat mendengarnya dengan jelas.

Kali ini dia melangkah lebih perlahan dari tadi. Setibanya di simpang yang memisahkan tempat parker kereta Jusco dengan jalan besar, jalannya dipercepatkan secara drastik. Rancangannya ternyata menjadi. Lembaga yang mengekorinya tadi terus terlajak ke depan. Ariana yang masih bersembunyi di balik sebuah kereta cuba mengamati gerangan lembaga itu.

Lembaga yang sudah masuk ke jalan besar itu kelihatan bingung. Ariana menjerit kegembiraan di dalam hati. Aku berjaya!

Keadaan jalan besar yang lebih terang membantu penglihatan Ariana. Perlahan-lahan dia menghampiri lembaga itu. Susuk tubuhnya tegap dan sasa, kemungkinan besar seorang lelaki. Ariana terus mengamati lembaga tersebut dari belakang. Dia berkira-kira untuk menyergah terus lembaga itu. Baru padan muka! Nak takutkan orang nanti dia yang kena! Teriak hati kecil Ariana.

Namun, lembaga tersebut terasa seperti diamati lantas menoleh ke belakang, membantutkan niat Ariana. Jarak yang amat dekat membuatkan Ariana tidak sempat bertindak apa-apa.

Spontan tangan kasar lelaki yang tak dikenalinya itu mencengkam lehernya yang dibaluti tudung. Ariana meronta-ronta. Tetapi apakan dayanya. Kudratnya tidak sekuat mana untuk menawan lelaki tegap itu.

“Ingat! Kalau kau nak selamat, jangan berani bocorkan hal Liyana kepada sesiapa! Kalau aku dapat tahu, nahas kau!” keras suara lelaki tersebut memberi amaran. Usai menyudahkan katanya, cengkaman di leher Ariana dilepaskan mendadak menyebabkan Ariana terjatuh.

Lelaki tersebut segera berlalu. Ariana berniat untuk mengejarnya, tetapi apabila dia bangkit kembali, lelaki tersebut sudah lesap entah ke mana. Dia megurut-ngurut lehernya yang masih terasa kebas. Siapakah Liyana yang dimaksudkannya? Adakah Liyana kakak aku? Apakah hubungan lelaki tersebut dengan Liyana? Dan mengapakah aku pula yang dilibatkan?

Ah, banyaknya persoalan di kepalaku. Tangan yang tadi mengurut leher dialihkan ke kapalanya pula. Dia bingung bercampur takut.

Akhirnya, dia memutuskan untuk terus balik ke rumah. Bukan dengan bas, tetapi dia akan menahan teksi. Lebih lama di sini, keselamatannya semakin terancam. Langkahnya makin dipercepatkan. Dia berlari-lari anak. Matanya melilau mencari teksi, tetapi hampa. Ah, hentikanlah niat kau. Lewat malam begini, ada lagi ke teksi singgah di sini?’ hatinya berbisik. Dia tidak mempedulikan bisikan hatinya itu. Menunggu dan terus menunggu. Ya Allah, lindungilah aku dari segala kecelakaan, Ariana terus menerus berdoa.

Tiba-tiba Ariana terasa seperti diekori lagi. Takkanlah lelaki tadi? Tak mungkin, dia dah pergi. Bulu roma Ariana meremang. Dia cuba menoleh tetapi tidak sempat. Bahunya ditepuk dari belakang.

Darah Ariana berderau. Tetapi dia kemudiannya menarik nafas lega.

“Ari, apa Ari buat kat sini? Ari tak apa-apa?!” Adham menegur. Ariana tidak menjawab. Meskipun sedikit lega, kejutan akibat diugut lelaki asing tadi masih belum hilang sepenuhnya.

“Ari? Kenapa ni? Are you okay?” Adham mengulangi pertanyaannya apabila dilihatnya Ariana masih diam membatu.

“Ah, apa?” tanya Ariana terpinga-pinga. Dia seperti baru tersedar dari khyalannya.

“Itulah, orang cakap, dia berkhayal. Am tanya, Ari okey tak? Kenapa nampak cemas semacam je?”

“Em, takda apa-apa, Cuma penat sikit kerja tadi,” jawab Ariana. Memang dia rasa penat, tapi rasa terkejut tadi menghapuskan semuanya.

Adham nampak kemas dengan kemeja krimnya lengkap bertali leher dan berslack hitam. Mesti dia baru balik dari pejabat, duga Ariana sendiri.

“Kalau macam tu, biar Am hantarkan Ari balik. Lagipun dah malam sangat ni. Nak cari bas pun, kalau dapat bila nak sampai rumah?”pelawa Adham lembut. Ariana serba-salah. Nak balik sorang, dia pun dah fobia dengan kejadian tadi. Nak balik dengan Adham, ah, tak manis dipandang orang. Tetapi itulah satunya-satunya pilihan yang ada untuk selamat sampai ke rumah.

“Okay.” Kata Ariana sepatah. Aduh! Malunya tak terkata. Seumur hidupku, inilah kali pertama aku menerima pelawaan lelaki. Tapi aku terpaksa, nak buat macam mana? Ariana bermonolog sendirian dalam hatinya.

Di dalam Proton Persona milik Adham, Ariana hanya diam membisu. Lagipun dia tak tahu apa nak dibualkan dengan lelaki di sebelahnya ini. Adham begitu tenang memandu, seolah-seolah menikmati sepenuhnya pemanduannya malam itu. Sedangkan Ariana sudah seperti cacing kepanasan. Duduknya juga tidak senang. Perjalanan yang dekat pun terasa amat jauh baginya.

Tetapi kemudian jari Adham menekan punat radio. Stesen Hotfm menjadi pilihan. Mendengarkan suara deejaynya, Anne yang ceria membangkitkan mood Ariana yang buruk. Dan ketika lagu kegemaran Ariana, When You’re Gone berkumandang, hilang segala rasa takutnya. Sebaliknya dia menikmati lagu tersebut hingga tanpa disedari bibirnya turut sama menyanyi menghikut rentak penyanyi popular dari barat itu.

Melihatkan Ariana yang asyik menyanyi itu, Adham hanya membiarkan. Satu persoalan yang bermain-main di dalam kepalanya dibiarkan sahaja. Matanya dijatuhkan pada raut wajah yang asyik menyanyi di sebelahnya.Mata yang bundar dan galak itu bercahaya. Hidung gadis itu meskipun tidak mancung, tetapi cantik terletak. Bibir merekah itu paling menarik bagi Adham. Apabila tersenyum, sebaris gigi yang cantik tersusun bak mutiara.

Adham tidak tahu apa kuasa yang mendorongnya menatap wajah Ariana sebegitu lama. Padahal, dia maklum, dia sedang memandu. Entah bagaimana dia dapat megawal pemanduannya sambil menatap wajah Ariana. Hanya tuhan sahaja yang tahu.Sejak kali pertama bertemu dengannya selepas bertahun-tahun terpisah, perasaan Adham berubah. Bukan perasaan seorang kawan untuk sahabatnya, tetapi satu perasaan halus lain yang Adham sendiri tidak mampu tafsirkan. Benarlah, masa mengubah segalanya.

Ariana terhenti menyanyi sebaik lagu tadi habis dimainkan. Suasana sepi. Adham masih lagi menatapnya. Ariana tidak tahu apa yang difikirkan Adham sehingga menyebabkan jejaka kacak itu merenungnya lama, tanpa menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Apa yang diketahui Ariana, debaran di dadanya sudah samakin sesak tidak menentu apabila anak mata coklat Adham menjamah wajahnya.

“Am..kenapa pandang Ari macam tu?” Ariana cuba menyedarkan Adham, lebih kepada untuk menyelamatkan debaran dada yang kian memuncak.

Adham diam sebentar menarik nafas panjang.

“Am tak sangka, lepas bertahun-tahun kita tak jumpa, Ari dah berubah. Jauh berlainan dari dulu. Lain sangat..” ujar Adham. Suara Adham yang garau kedengaran lembut pada pendengaran Ariana.

“Apa yang lain? Ari masih Ari yang dulu, takde pun yang berubah..”

“Macam-macam yang berubah. Baik dari penampilan, percakapan, malah rupa pun dah jauh berubah. Tapi cuma ada satu je yang tak berubah.”

“Apa dia ?”

“Ari masih lagi suka berahsia macam dulu.”

“Oh, ye ke?” tanya Ariana kembali. Sekadar menduga, dia menyoal, “Apa yang Ari rahsiakan dari Am?”

Adham mengeluh. Roman wajahnya yang tenang tadi sedikit keruh.

“Kenapa Ari sorokkan dari Am pasal penyakit Ari? Kenapa Ari rahsiakan hal ni? Ari sedar tak, penyakit Ari tu kronik, kalau apa-apa jadi, Am yang susah,”bertubi-tubi soalan Adham. Ariana tersentak seperti terlangkah beberapa anak tangga. Apakah Am sudah tahu fasal penyakitku? Kalau ya pun, siapa yang beritahu? Spontan fikiran Ariana teringtakan seseorang. Hasnita. Ya, poasti Hasnita yang membocorkannya. Tapi tak,mungkin, Nita dah janji dia takkan beritahu sesiapa. Habis, macamana dia boleh tahu? Berbagai persoalan timbul di benak Ariana.

“Jangan salahkan Hasnita. Dia tak bocorkan apa-apa pada Am. Tapi Doktor Rosnah tu kawan lama Am. Am dapat tahu ni pun dari dia,” kata Adham seolah-olah dapat membaca apa yang ada di dalam minda Ariana.

“Okey, Ari mengaku, Ari memang sakit, leukemia,” Ariana berhenti sebentar. Adham memejam matanya sekejap. Dia sudah tahu penyakit Ariana. Tetapi mendengar pengakuan dari mulut gadis itu membuatkan jiwanya terseksa. Dia ingin menjerit, memaksa Ariana supaya menafikan kenyataan itu, tetapi dia sedar, sesiapa pun tidak mampu untuk mengubahnya kecuali Dia.

“Tapi…Ari ada hak untuk rahsiakan. Ari buat ni untuk kebaikan semua orang. Ari tak nak orang lain risau pasal hal peribadi Ari,”

“Hal peribadi Ari? Ari hanya fikirkan orang lain, tapi pernah tak Ari fikir tentang diri sendiri?”

“Cukup Am! Apa hak Am nak ubah pendirian Ari sebelum ni? Benda ni Ari yang akan hadapi, bukannya Am! Ari yang susah, bukannya Am!” suara Ariana mula meninggi. Dia tidak faham kenapa lelaki itu sibuk-sibuk mahu mengambil berat tentangnya, ingin mengubah prinsip yang dipegangnya teguh selama ini.

Adham tidak menunjukkan reaksi ingin melenting seperti Ariana sebaliknya dia masih mengekalkan sikap tenangnya. Huh! Nak tenang pun, fikirklah masa sikit! Bentak hati Ariana.

“Am tahu Am bukan sesiapa. Tapi Am Cuma bercakap sebagai orang yang mengambil berat tentang Ari. Sebagai orang yang tak sanggup melihat Ari menanggung penderitaan seorang diri. Dan….sebagai orang yang cintakan Ariana…”

Ariana terkesima. Tidak percaya kalimat-kalimat itu lahir dari bibir Adham, kawan lamanya seja kecil. Ariana rasa lemas. Ariana rasa rimas. Ariana rasa ingin sahaja terbang keluar dari kereta ini, kalau dia mampu.' Ya Allah! Bantulah hambamu menghadapi semua ini! Kuatkanlah hati hambamu!'

.

No comments: