Monday, December 1, 2008

BAB 5

Ariana melepaskan tangannya dari pegangan Hasnita. Tangannya sudah mula memerah. Sebaik melangkah ke dalam rumah Hasnita Ariana menarik nafas lega. Seketika matanya melilau melihat susunan perabot rumah temannya itu. Masih sama seperti dahulu, tiada apa yang berubah pada pandangan matanya.Hasnita melabuhkan punggungnya di sofa.

“Ari, apa yang kau tercongok lagi tu? Meh la duduk,” Ariana menurut Dia mengambil tempat berhadapan Hasnita. Hatinya sedikit terkilan dengan sikap teman baiknya itu yang melulu membawanya pulang.

“Apahal kau heret aku ke sini? Tak boleh cakap kat airport tadi ke?” Ariana berkata, cuba menyembunyikan nada terkilannya.

“Ari, kau marah ke? Sorry. Aku tak sengaja. Tapi aku tahu kau mesti bingung, so aku terpaksa bawak kau balik rumah aku,” Hasnita cuba menjelaskan apabila dapat dikesan nada merajuk Ariana.

“Takpalah Nita, aku takdelah marah sangat. Cuma lain kali, jangan buat macam tu lagi. Hah! Apa yang kau beria-ia nak jelaskan tadi?”soal Ariana. Nadanya sudah kembali ke asal.

“Takdelah apa sangat. Cuma nak cerita sikit pasal cousin aku tu.”

“Nita?! Kalau setakat nak cerita pasal Am, baik tak payah, baik kau hantar aku balik sekarang.”

“Kau dengarlah dulu. Cousin aku tu, sejak dari kecil rapat dengan aku. Aku anggap dia macam abang aku sendiri. Tapi daddy dia meninggal duniasejak umurnya 10 tahun. Kemalangan jalan raya. Lepas habis secondary, SPM dia cemerlang, so dia dapat tawaran sambung belajar kat Australia.” Jelas Hasnita panjang lebar.

Ariana yang tidak berapa berminat hanya mendengar kisah Adam tanpa menyampuk. Tetapi ada satu persoalan bermain di mindanya, namun dibiarkan sahaja.

“Kau tahu Ari, umur dia sekarang 22 tahun, tapi dah jadi usahawan yang terkenal. Syarikat arwah ayahnya, TKZ Holdings dia yang majukan.” Ariana mengangguk. Persoalan tentang umur Adam sudah berjawab.

Ariana mengangkat kening.

“Nita, kenapa kau beria-ia cerita pasal Am kat aku ni? Apa motif kau sebenarnya?” Ariana bertanya hairan.

“You know what? Dialah surprise untuk kau yang aku cakapkan tu!”

“What?! Apsal pulak? He has nothing to do with me, okey? Kenal dia pun tidak.” Ariana terperanjat besar. Biar benar Si Nita ni!

“Kau memang tak kenal dia, tapi dia kenal kau, Ari,”

“How come?”

“Ari, aku ada special gift untuk kau. Istimewa tau aku beli dari Australia.” Kali ini Hasnita menukar topik.

“Ya ke? Apa dia? Mesti best kan?” sedikit sebanyak Ariana turut teruja dengan special gift rakannya.

Hasnita bangkit sebentar. Bagasinya di tepi pintu ditarik ke hadapan sofa. Lalu perlahan-lahan zip beg itu dibuka. Sebaik-baik sahaja dibuka, mata Ariana terbeliak besar. Wow! Banyaknya cenderahati. Separuh ruang beg besar itu dipenuhi dengan teddy bear, jam loceng, key chain, coklat, pasu kecil dan banyak lagi.

Hasnita membuka satu zip kecil di begnya lalu mengeluarkan dua bungkusan cenderahati. Satu bersaiz kecil, hanya sebesar kad holder, dan satu lagi sederhana besar saiznya.

“Nah, hadiah untuk kau. Yang besar sikit tu aku bagi. Bukaklah, aku gerenti kau suka,” kata Hasnita. Ariana pada mulanya tidak mahu membuka hadiah tersebut dahulu, tetapi untuk menjaga hati temannya, dia membuka juga hadiah tersebut.

Sebaik-baik dibuka, satu senyuman terpancar di wajah Ariana. Hasnita memang sudah menjangkakan reaksi itu.

“Wah! Set perfume jenama Secret! Nita, macam mana kau tahu favourite brand aku ni?” Ariana begitu teruja. Sudah lama dia mengimpikan set mewah tersebut, namun hendak dibeli,harganya terlalu mahal. Maklumlah, barang imported!

“Mestilah aku tahu. Ha, yang lagi satu tu tak nak buka ke? Hadiah untuk kau jugak. Dari seseorang.”

“Siapa?”

“How should I know?”

“Nita, jangan nak merepek. Kalau kau tak tahu, macam mamna hadiah ni boleh ada kat tangan kau?”

“Dahlah, nanti balik kau bukak. Ada kad disertakan dalam tu. Nanti kau tahulah siapa pengirimnya.”

Ariana tidak berpuas hati dengan jawapan Hasnita. Entah siapalah pengirimnya, lagipun mana orang itu kenal dia?

Hasnita memunggah keluar cenderahati yang banyak dalam begnya tadi. “Lepas ni kau kena tolong aku.” Pintanya ringkas.

Ariana sudah dapat mengagak apa yang akan diminta Hasnita. Pasti menolong menyusun barang-barang itu, dia arif benar dengan kegemaran Hasnita. Tak hairanlah cenderamata yang dibelinya berlambak, nak buat hiasan.

“Tolong apa?” Ariana bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

“Ni ha, barang-barang ni, tolong aku susun atas rak kaca tu,” Kata Hasnita seraya menuding kearah sebuah almari kaca di sudut ruanag tamu rumahnya.

Bebebrapa minit kemudian, mereka berdua sibuk memunggah dan menyusun barang-barang tersebut. Ariana meyusunnya megikut arahan Hasnita. Sambil itu, mereka berborak-borak. Hasnita bagaikan mulut murai menceritakan pengalamannya bercuti di Australia hinggga Ariana sudah naik jemu mendengarnya.

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. Hasnita bergegas membukanya.

“Mak, ayah!” ujar Hasnita ceria sambil menjemput kedua orang tuanya masuk. Ariana turut menuju kearah mereka dan bersalaman dengan emak Hasnita.

“Mak dengan ayah kenapa lambat sampai, ni ha terpaksalah Nita bawak Ari sama, kitorang tolong susunkan gifts dari sana.” Ujar Hasnita sambil menolong membawa bagasi emak dan ayahnya.

“Mak dengan ayah dari airport tadi. Makan kat KFC kejap. Cari-cari Nita tak jumpa. Mujurlah mama terjumpa Mak long kamu kat sana. Dia yang beritahu Nita balik dengan Ari.”

Hasnita mengeluh nafas lega.

.

No comments: