Monday, December 1, 2008

BAB 4

Ariana masih duduk termenung di balkoni biliknya. Apa sebabnya kakaknya menjadi begitu? Apa kisah silam sebenar yang dirahsiakan mama daripadanya? Kenapa semua orang merahsiakan tragedi itu daripadanya?

Kepala Ariana tiba-tiba terasa sakit. Berdenyut-denyut hingga menyebabkan dahinya berkerut menahan sakit. Sebelum ini ada juga kepalanya sakit tetapi tidaklah sesakit ini. Kebelakangan ini pelbagai persoalan yang tidak pernah berjawab muncul di kepalanya hingga membebankan otaknya.

Bukakanlah pintu hatimu..
Izinkan aku kembali padamu..
Kusesalkan perbuatan ku ini..
Tak akan berulang lagi..
Ku janji..

Lagu Sofaz berkumandang dari telefon bimbit pemberian mamanya. ‘Siapa pulak yang call aku malam-malam ni?’ gerutu hatinya. Dalam keterpaksaan, telefon bimbit itu dicapainya juga. Sebaik terlihat nama pemanggilnya di skrin, hati Ariana melonjak gembira.

“Hello.” Terdengar suara Hasnita yang sudah seminggu tidak didengari Ariana di corong telefon.

“Waalaikummussalam,” balas Ariana sinis. ‘Hish, Nita ni, mentang-mentang dah seminggu kat tempat omputih, dah tak reti-reti nak bagi salam!’

“Opps, sorry, assalamualaikum, Cik Ariana Aqilla binti Ahmad Zachry. Wei! Dah lama tau aku kat sini. Rindu la kat kau, kau macamana sekarang, okey?” suara Hasnita ceria.

“Aku? Aku okey, okey sesangat. Anyway, kau kat mana sekarang ni?”

“Sekarang kat airport Perth. Nak balik dah ni. Jangkanya esok pagi sampailah Malaysia. Kau tunggu aku kat KLIA, boleh tak? Pinta Hasnita.

“Wei, kau dah nak balik ke? Besok, aku boleh jemput kau. Tak payah mintak pun aku akan datang.kau kan kawan baik aku?”

“Thanks a lot Ari. Kaulah kawan sejati aku dunia akhirat. Eh, tapi kau nak datang naik apa?”

“It’s okay, aku cuba tanya mama dulu. Kalau tak boleh, aku naik bas je.”

“Ari, datang tau besok, aku ada big surprise untuk kau. Harap kau gembira. And, aku ada special gift for you.” Hasnita beria-ia dengan tawarannya.

“Ada-ada je kau ni. Kalau takda surprise, special gift pun, aku tetap akan jemput kau.”

“Ok Ari, aku chow dulu. Bye. Assalamuaalaikum.”

“Waalaikumussalam.” Balas Ariana riang. Dia memang betul-betul gembira. Tak sabar-sabar betul nak tahu surprise yang diura-urakan Hasnita itu. Sakit kepala yang menyerang tadi tiba-tiba pulih dengan sendirinya. Apapun, dia yakin mama setuju untuk menemaninya ke KLIA esok. Ah, seronoknya!


* * * * * * * * * * * * * * * * * *


Ariana bangun awal hari itu. Setelah mandi dia besolat subuh. Usai bersolat, dia mengenakan sepasang baju kurung berwarna hijau lembut tanpa corak. Sehelai tudung yang sedondon hijau lembut dipadankan dengan bajunya. Dia membelek-belek wajahnya di cermin. Tiada apa yang perlu dilakukan kecuali menyapu sedikit lip gloss di bibir merekahnya. Sememangnya, wajahnya yang sudah sedia licin tidak perlu diapply sebarang makeup.

Setelah mencapai beg tangan dan handphonenya, Ariana turun ke bawah. Dilihatnya mama sedang menyediakan sarapan. Ariana terlebih dahulu menyapa mamanya.

“Assalamualaikum, morning mama.” sapanya ceria.

“Waalaikummmusalam, morning Ari.” Puan Lily menoleh kearah Ariana. “Cantik betul Ari pakai baju kurung tu. Ni nak jumpa Nita ke boyfriend ni?” Puan Lily menyerkap jarang.

Wajah Ariana sedikit kemerahan. “ Hisy, mama ni, Ari ni mana ada cantik. Tak apply makeup langsung.”

“Dah, jom sarapan. Nanti lambat pulak sampai KLIA.” Puan Lily menghulurkan roti dan jem. Segelas horlicks, minuman kegemaran Ariana, turut diberikan.

“Mama, Kak Yana mana?” soal Ariana sedikit hairan. Dari malam tadi tak nampak batang hidungnya.

“Kak Yana kamu..” kata-kata Puan Lily terhenti apabila bunyi tapak kaki kedengaran menuruni tangga.

“Hai, seronok berbual. Tak nak ajak Yana join ke?” tanya Liyana kuat seraya menuju kearah mereka dan menarik kerusi bersebelahan mamanya.

“Yana, mama nak hantar Ari pergi airport jemput kawan dia. Yana nak ikut?” Puan Lily cuba berbahasa meskipun dia pasti anaknya itu pasti akan mengatakan tidak.

“Emm, Yana rasa Yana tak dapat ikut. Ada discussion sikit dengan Sue dan Anies.” Balas Liyana dengan nada sedikit pura-pura.

Ariana mencebik. Discussion, konon! Entah-entah pergi melepak kat pub, getus hatinya namun disimpannya sahaja dalam hati.

Puan Lily sudai selesai menghabiskan rotinya. Setelah meneguk milonya, dia bersuara, “Ari, jom pergi. Liyana, ni kunci, kalau nak keluar, tolong serahkan kunci ni pada Mak Mah, faham?”arah Puan Lily.

“Okey, mama. Enjoy your ride.” Ujar Liyana.

Ariana dan Puan Lily segera meninggalkan rumah. Beberapa minit kemudian, kereta Honda Prelude Puan Lily sudah bergerak lancar di atas jalanraya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Puan Lily dan Ariana berjalan pantas di dalam kesesakan orang ramai di balai menunggu. Ariana mencari-cari kelibat Hasnita namun hampa, batang hidung pun tak nampak. Tiba-tiba Puan Lily ternampak seseorang melambai ke arahnya. Dia segera menghampiri kea rah wanita yang melambainya itu. Sebaik terlihat wajahnya, spontan Puan Lily memeluk wanita itu erat.

Ariana tercengang. Drama swasta mana pulak ni? Pantas dia menghampiri mamanya.

“Mama, siapa tu?” Ariana berbisik.

“Salam dengan dia, sayang. Dia kenalan lama mama, belajar kat London dulu.”

Ariana menghulurkan tangan untuk bersalam dengan wanita yang lebih kurang sebaya mama itu. Wanita itu tersenyum ramah sambil mengusap kepala Ariana lembut.

“Lawa anak kau, Lily. Dah kerja ke masih belajar?” tanya wanita itu.

Ariana baru sahaja hendak membuka mulut apabila tiba-tiba satu suara yang nyaring memanggilnya. Hasnita! Ariana meluru lalu memeluk Hasnita erat. Setelah lama melepaskan rindu, barulah mereka melepaskan pelukan.

“Wah, Nita! Dah makin bergayalah kau sekarang ni! Mana kau dapat mantel ni?” Ariana melopong melihat mantel berlabuci yang dipakai Hasnita. Berkilauan cahaya yang terbit darinya.

“Kau pun apa kurangnya. Bukan main cantik lagi dengan baju kurung ni. Nak jumpa mak mentua ke?” gurau Hasnita.

“Kau ni, asal jumpa aku, asyik nak mengusik je. Tak baik tau,dahlah baru jumpa, sampai hati kau,” Ariana pura-pura merajuk. Mintak-mintaklah dapat kena pujuk dengan Nita!

“Dah merajuk dah, ni yang aku malas ni, nak kena panggil prince charming ke nak pujuk kau?”

“Tak, aku taknak prince charming, aku nak Princess Charming Hasnita yang pujuk,” ujar Ariana manja.

“Nita, aku ke prince charming yang bertuah tu?”tiba-tiba satu suara garau menegur. Semua orang menoleh. Seorang lelaki berkulit hitam manis yang kacak menghadiahkan senyuman.

“Eh, Am! Bila kau sampai? Tak perasan pun aku?” Hasnita menegur.Ariana tercengang. Macam mana Nita boleh kenal dengan lelaki ni?

“Ari, kenalkan, my cousin, dia belajar kat Australia, Adam,” Hasnita memperkenalkan lelaki tersebut ramah.

“Saya Ariana, Ari.” Balas Ariana ringkas. Apasal pulak lelaki ni yang diusung Nita ke Malayasia?

“Hi, Ari, nice to meet you.” Ujar pemuda itu.

“Waalaikummussalam,” jawab Ariana dengan nada menyindir. Dilihatnya Hasnita sedaya-upaya cuba menahan tawa.

“Opps, sorry, aku lupa nak beritahu kau, Ari ni, walaupun tak religious mana,” kata-katanya itu menyebabkan Ariana menjeling tajam kearahnya, “tapi satu pantang dia, dia memang cukup consider pasal orang bagi salam ni.” Kata Hasnita nakal.

“Sorry, assalamuaalaikum, Ari.” Kata Adam sedikit malu. Mana tidaknya, ditegur oleh perempuan sebab tak bagi salam, malu beb!

“Ha, macam tulah, ni tidak menonong aje. Lagi satu, sini Malaysia. Martabatkan bahasa ibunda kita.” Sindir Ariana lagi. Adam terasa seperti sebiji batu besar dihempapkan ke atasnya. Ah, terkena lagi!

“Hai, apa yang korang balahkan ni?”tegur Puan Lily tiba-tiba. Wanita separuh umur itu turut berdiri di sebelahnya.

“Eh, Am! kamu dah ada kat sini? Tak perasan pulak mummy!” tegurnya.

“Am memang ada kat sini, Cuma tadi pergi kat gift store. Beli sikit-sikit nak kasi kat Hanie.”jawab Adam.

Puan Lily yang sedari tadi menjadi pemerhati bersuara, “korang ni kalau ya pun nak berkenalan, baliklah dulu. Boleh berbual lagi panjang.”

Ariana masih bingung dengan situasi ini. Siapa berkait dengan siapa, kepalanya sudah berdenyut sedikit. Hasnita tiba-tiba menggamitnya. Ariana megekorinya menjauhi tempat ‘pendatang-pendatang asing’ tersebut berkumpul.

“Ari, aku tau kau bingung. Macam ni Am tu sepupu aku. Perempuan yang kau tak kenal tu mummy dia, merangkap mak Long aku.” Jelas Hasnita.

Ariana sudah sedikit jelas akan salasilah keluarga Hasnita. Dia mengangguk tanda faham. Hasnita tersenyum nipis.

“Lagi satu, kau ingat tak surprise yang aku cakap tu?” soal Hasnita kemudiannya.

“Apa dia?”

“Adam,” jawab Hasnita sepatah.

Ariana terpaku. Rasa seperti dipermainkan pula.

“Nitaaa!!!” Ariana menjerit tanpa menghiraukan keadaan. Hasnita hanya menyambung tawanya yang berlagu.

“Tapikan Ari, Am tu handsome jugak kan?” sambung Hasnita dalam sisa tawanya.

“Nita, aku kata, cukupp!!” laung Ariana sekali lagi. Kali ini semua orang menoleh ke arahnya. Alamak,tulah sipaa suruh jerit, padan muka, kan dah malu.

Puan Lily menghampirinya. “ Ari, kenapa ni?” soalnya bimbang.

Hasnita yang menjawab bagi pihak kawannya memandangkan Ariana hanya tunduk membisu kerana malu.

“Dia ni okey, makcik, tapi saya nak pinjam Ariana sekejap boleh? Nanti balik, saya hantar dia ke rumah makcik.” Kata Hasnita nekad. Dia tahu dia perlu memujuk dan menjelaskan segala-galanya semula pada Ariana. Tapi takkan nak jelaskan kat airport ni, jadi Hasnita terpaksa buat keputusan yang mereng-mereng-bernas.

“Nanti dulu, Nita!” laung Puan Lily namun kedua-duanya sudah melangkah jauh.

“Saya janji, nanti saya hantar dia balik!” Hasnita sempat melaung dari kejauhan. Puan Lily mengangguk lesu. Dia ternampak Ariana dan Hasnita menahan teksi.

Puan Lily tiba-tiba teringat. Kawannya, Badariah dan Adam nak balik naik apa?

“Yah, aku hantar kau balik. Adam, kamu pun boleh tumpang kereta auntie.”pelawa Puan Lily.

“Tak payahlah Lily, aku naik teksi je, menyusahkan kau pulak,”

“Hai, macam tak sudi je nak merasa Prelude aku, jomlah!”

Akhirnya kedua-dua beranak itu bersetuju setelah Puan Lily mendesak mereka dengan memperihalkan keistimewaan Honda Preludenya.

.

No comments: